Kira-kira 300 umat Islam adakan bantahan di ibu pejabat NST
Kira-kira 500 umat Islam mengadakan perhimpunan secara aman di depan ibu pejabat akhbar New Straits Times (NST) di ibu negara kerana membantah penyiaran kartun yang berkaitan dengan isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Mereka berarak dari Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar menuju ke pejabat NST yang terletak tidak jauh dari situ.
Mereka turut membawa sepanduk yang mengecam tindakan NST menyiarkan kartun tersebut.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil NST di depan pintu pagar akhbar itu di Jalan Riong, Bangsar.
Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kesal kerana NST tidak mempedulikan kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur tersebut.
Katanya, mereka tidak belajar dari insiden yang berlaku di luar negara akibat daripada kemarahan umat Islam terhadap akhbar yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Sebelum itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli mempersoalkan mengapa NST menyiarkan karikatur tersebut sama ada kerana perniagaan atau ada agenda lain.
Katanya, tindakan NST menyiarkan kartun tersebut telah membenarkan isu tersebut dipanaskan lagi.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.