Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib sendiri tak tunai janji PRU, kata Syed Hamid

Bekas perdana menteri Najib Razak sendiri tidak menunaikan kebanyakan janjinya dalam manifesto BN pada PRU13, kata bekas menteri, Syed Hamid Albar.

“Daripada lebih 60 janji yang diberi oleh Najib dalam manifesto BN pada PRU13 hanya 21 dilaksanakan,” katanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Syed Hamid yang kini menganggotai Bersatu, menjawab Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, yang berkata PH tidak menunaikan janji manifesto PRU14.

Pemimpin MCA itu merupakan salah seorang ahli panel forum “PRU14 dan sejak itu: Analisis dan perspektif”.

Seterusnya, Syed Hamid juga berkongsi pengalamannya yang pernah menjadi MP Kota Tinggi mewakili Umno selama selama lima penggal.

“Ketika saya bertanding dalam PRU pada kali pertama, ada seorang warga emas datang berjumpa saya. Dia memberitahu saya supaya jangan sesekali membuat janji.

"Kalau pengundi tanya sesuatu, kamu jangan janji. Bagi tahu saja kamu akan mempertimbangkan,” katanya.

Bagaimanapun, Hamid Albar yang menjadi moderator forum itu menjelaskan cukup penting parti pemerintah melaksanakan janji dalam manifesto demi memenuhi keyakinan pengundi.

“Saya ingat kamu sedang berceramah di kempen PRU,” kata Hamid Albar secara berseloroh kepada Ti.

Terdahulu, pemimpin MCA itu berkata rakyat bukan bodoh dan sedang memerhatikan kerajaan PH.

“Saya ingin tekan di sini bahawa rakyat sedang memerhatikan kerajaan dan mereka bukan bodoh.

“Yang pertama, saya sendiri percaya perlunya ada satu perubahan di mana khususnya kepada beberapa pemimpin Umno yang sentiasa menyemarakkan sentimen perkauman. Tapi, apakah perubahan dan manifesto dijanji oleh PH?" Soalnya.

Ti juga mendakwa masyarakat Cina secara khususnya tidak berpuas hati dengan janji pilihan raya kerajaan tempatan dan pengiktirafan sijil UEC.

“Dulu mereka (DAP) memberi satu gambaran bahawa MCA budak suruhan Umno sehingga 93 peratus pengundi Cina sokong PH.

“Tapi, hari ini MCA masih ada. Tapi, DAP sudah ‘tak ada’. Orang panggil mereka sebagai ‘parti diam-diam’," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS