Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Genap setahun pentadbiran, sebanyak 36.4 peratus janji pembaharuan institusi telah ditunaikan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Bersih.

“Memandangkan ini adalah tahun pertama dalam tempoh lima tahun serta banyak pembaharuan memerlukan pindaan perundangan dan konstitusi, (Bersih) berpendapat kerajaan telah membuat kemajuan yang baik dalam mereformasi institusi yang melindungi demokrasi berparlimen,” kata pengerusinya Thomas Fann.

Beliau berkata demikian dalam sidang media BERSIH sempena setahun PH di pejabat NGO itu di Petaling Jaya, hari ini.

Enam janji pembaharuan institusi itu ialah:

  • Menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri.
  • Memisahkan Pejabat Pendakwaraya.
  • Mengembalikan wibawa institusi parlimen.
  • Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya.
  • Mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti.
  • Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan.

Bagi setiap janji, Bersih menggunakan enam markah iaitu: Dipenuhi (4 mata); sebahagiannya dipenuhi (3 mata); sedang berjalan (2 mata); hampir tidak dipenuhi (1 mata); tidak dipenuhi (0 mata) dan; beralih arah (-1 mata).


Laporan penuh Bersih sempena setahun pentadbiran PH


Berdasarkan pemarkahan itu, Bersih berkata PH mendapat 64 daripada 176 markah penuh.

Enam janji utama reformasi institus dipecahkan kepada 44 perkara.

Daripada 44 perkara itu, Fann berkata enam sudah dipenuhi, enam (sebahagiannya dipenuhi), lapan (sedang berjalan), lapan hampir tidak dipenuhi, semntara 14 lagi tidak dipenuhi. Dua perkara pula beralih arah.

Fann berkata, walaupun peratusan markah yang diperolehi PH - jika berdasarkan gred peperiksaan tradisional - ialah 'E', terdapat usaha yang boleh dipuji.

"Anda tidak berharap kanak-kanak untuk lulus peperiksaan akhir tahun semasa tahun pertama.

"Kami menjangka mereka hanya dapat 20 peratus tetapi mereka dapat 36.4 peratus. Ini bermakna mereka melepasi jangkaan," katanya, sambil menyatakan harapannya agar PH mendapat markah 60 hingga 70 peratus pada tahun depan.

Thomas Fann

Berkaitan janji yang telah dipenuhi, Bersih antara lain memuji Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang tidak memegang portfolio lain, walaupun pada mulanya menyatakan hasrat menjadi menteri pendidikan.

Bersih juga berkata kerajaan telah mengurangkan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri dari lebih RM17 bilion setahun kepada RM8 bilion saja.

Berkaitan janji yang sebahagian dipenuhi, Bersih berkata speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mesti berhenti terlibat dalam politik.

“Semangat tidak memihak kepada mana-mana parti perlu diterapk... (Tapi) mereka terus terlibat dalam politik partisan di luar Dewan Rakyat, terutama Nga Kor Ming yang terlibat dalam beberapa pertikaian dengan pembangkang,” katanya.

Fann turut menyentuh perbezaan peruntukan untuk anggota parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Ketua Pembangkang seharusnya diberi status dan peruntukan sama dengan menteri persekutuan, adakah kamu nampak Ismail Sabri dapat?

Tidak, itu yang memalukan kerana sebelum berkuasa mereka mengeluh kerana tiada kuasa yang diberikan kepada pemimpin pembangkang.

"Pada masa ini, anggota parlimen PH menerima peruntukan RM1.5 juta setahun manakala ahli parlimen pembangkang menerima RM100,000. Ini melanggar janji," katanya.

Beliau menggesa kerajaan mengubah perkara itu kerana tidak seperti sesetengah janji lain yang sukar dilaksanakan, peruntukan terhadap anggota parlimen kerajaan dan pembangkang hanya memerlukan kehendak politik dan tidak terlalu membebankan dari segi kewangan.

Lihat Komen
ADS