Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin akan ke Australia bagi membincangkan isu Lynas, menurut wakil kementeriannya.

Perdana Menteri Dr mahathir Mohamad mengumumkan semalam lesen Lynas diperbaruhi, meluluskan penerusan kilang kontroversi pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Timbalan ketua setiausaha kementerian berkenaan, Nagulendran Kangayatkarasu berkata pihaknya akan bertemu dengan rakan sejawat Yeo di Australia bagi membincangkan syarat-syarat operasi Lynas dan pengurusan sisanya.

Beliau berkata menteri akan bertemu rakan sejawatnya dari Australia, selepas negara itu membentuk kabinet baru kerajaan selepas pilihan raya baru-baru ini.

"Perdana menteri mengumumkan Lynas akan terus beroperasi, jadi bagi pihak kami kami akan meneliti isu sisa (yang dikeluarkan kilang Lynas)," katanya kepada pemberita di Bangi hari ini.

Menjelaskan lanjut, kerajaan tidak menentang nadir bumi yang merupakan komoditi penting Industri 4.0 tetapi isunya adalah berkenaan sisa kilang Lynas.

"Kerajaan cukup jelas bahawa kami akan membantu untuk menyokong galakan industri tersebut tetapi isu mengenai Lynas adalah sisanya.

"Kami tidak menentang nadir bumi (di mana) merupakan komiditi penting dalam industri 4.0 dan bergerak ke arah teknologi hijau.

"Hanya sisa (yang menjadi isu)....jadi menteri merancang pergi (Australia) menemui rakan sejawatnya dan berbincang bagaimana menguruskan sisa yang keluar daripada loji Gebeng.

"Kami menunggu maklum balas pihak mereka kepada kami (berkenaan tarikh)," kata beliau.

Sebelum pilihan raya Australia, Canberra menolak cadangan Putrajaya agar mengembalikan sisa yang diproses oleh loji Lynas kembali ke Australia.

Yeo hendak Lynas mengekport balik sisanya ke Australia, terutamanya residu penulenan air (WLP) sebagai syarat untuk memperbaharui lesen operasinya.

Lynas berasal dari Australia Barat.

Kilang Lynas menghasilkan dua jenis sisa, iaitu radioaktif WLP residu dan aliran neutralisasi non-radioaktif (NUF).

Sehingga Disember tahun lepas, residu WLP terkumpul di kemudahan Lynas ialah 451,564 tan, manakala sisa NUF berjumlah 1.113 juta tan.

Lynas telah berusaha mengubah NUF menjadi produk komersil, tetapi kajian perintis mendapati bahawa penggunaannya sebagai baja membawa kepada peningkatan logam berat dalam hasil tanaman, walaupun masih dalam tahap yang dibenarkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS