Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parlimen tidak ada peranan lantik KP SPRM - Sri Ram

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram hari ini berkata badan pembuat undang-undang tidak ada peranan dalam pelantikan jawatan utama pentadbiran awam, seperti pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM.

Sri Ram menjelaskan berbeza dengan sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina, pelantikan jawatan utama pentadbiran awam di Malaysia diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat perdana menteri atau kabinet.

"Di sini, pelantikan itu diluluskan kabinet, jadi jawatankuasa pilihan khas parlimen (mengenai pelantikan jawatan utama pentadbiran awam) tidak ada peranan.

"Pelantikan para hakim, ketua pesuruhjaya SPRM, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan ketua berbagai jabatan kerajaan seperti Bank Negara dilantik oleh kabinet atau Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat kabinet," katanya kepada Malaysiakini apabila dihubungi hari ini.

Menurut Sri Ram sekiranya pelantikan jawatan pentadbiran awam ditentukan parlimen maka ia akan melanggar perlembagaan.

Terdahulu hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-jawatan Utama Perkhidmatan Awam, William Leong berkata tindakan Latheefa melepaskan keahliannya sebagai anggota PKR bagi memenuhi pelantikan sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM tidak akan mengubah tanggapan serong daripada orang ramai

"Tanpa sebarang cara merujuk keupayaan peribadi, integriti dan perwatakan beliau, pelantikan Latheefa sebagai salah seorang anggota parti komponen gabungan PH akan memberi kesan terhadap keyakinan awam dan tanggapan orang ramai mengenai kebebasan SPRM," katanya dalam suatu kenyataan.

MP PKR itu memberitahu Malaysiakini bahawa jawatankuasa khas parlimen itu tidak tahu-menahu mengenai pelantikan jawatan tersebut.

"Pelantikan beliau sepatutnya dimaklumkan kepada kami untuk dibincangkan tetapi kami tidak tahu mengenai perkara ini," kata Leong.

Anggota parlimen Selayang itu berkata beliau tidak setuju pelantikan Latheefa kerana PH sering kali memperjuangakan ahli politik tidak patut mengetuai agensi sebegitu, khususnya sebuah badan bebas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS