Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Orang Asli di Kuala Koh akan dikuarantin
Diterbitkan:  Jun 10, 2019 2:40 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Kerajaan akan melakukan kuarantin terhadap perkampungan Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang berikutan kematian 14 penduduk di kawasan itu.

Dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata ia bertujuan untuk mencegah penyakit berkenaan daripada merebak.

"Kita lebih bertumpu kepada jangkitan disebabkan oleh penafasan, dan kalau kita lihat pada corak ia cepat merebak, dan sebab itu dalam keadaan kita tak mahu benda ini merebak lebih Luas, jadi kawasan itu kita nak mengehadkan dari segi pergerakan supaya mereka tidak terdedah pada jangkitan pernafasan," katanya.

Menurutnya, orang awam tidak dibenarkan memasuki perkampungan terbabit.

Menjelaskan lebih lanjut, Dzulkefly berkata kawasan berkenaan dan pesakit yang terlibat akan diasingkan.

Kementerian Kesihatan, dalam siasatan awalnya hanya mendapati penduduk Orang Asli berkenaan dijangkiti bakteria dan mengalami jangkitan sekunder disebabkan virus.

Menurut Dzulkefly punca sebenar kematian Orang Asli berkenaan masih tidak diketahui.

Mereka berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Orang Asli yang menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS