Paling Popular
Terkini

Seorang saksi rusuhan 13 Mei 1969 mencadangkan sebuah tugu dibina di Sungai Buloh untuk memperingati mangsa yang terkorban dalam peristiwa berdarah itu.

Katanya, lokasi itu boleh dijadikan acara tahunan bagi pemimpin negara untuk menyatakan ikrar agar peristiwa tersebut tidak berulang.

"Di Sungai Buloh, di mana mangsa-mangsa 13 Mei dikebumikan, mereka perlu membina sebuah tugu yang menghadap ke kubur-kubur berkenaan dan setiap tahun, semua menteri mesti hadir dan membuat ikrar 'jangan ulang lagi'.

"Kita ada banyak tugu untuk memperingati tentera yang gugur tapi kita juga ada korban pertumpahan darah. Jadi monumen ini boleh dibina bagi menteri atau pemimpin negara hadir pada tarikh tertentu untuk memberitahu semua agar jangan ulang lagi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa forum 13 Mei anjuran Malaysiakini hari ini yang bertajuk 'Perbualan Antara Generasi' di Kuala Lumpur.

Beliau menjawab soalan seorang hadirin yang bertanyakan pendapat ahli panel bagaimana untuk memperingati tragedi 13 Mei.

Di samping Foong, forum itu juga menampilkan 13 saksi lain seperti pengarah filem Hassan Muthalib dan wartawan veteran Johan Fernandez.

Ketiga-tiga mereka berkongsi pengalaman di hadapan kira-kira 100 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

Semasa sesi soal jawab, ahli-ahli panel turut ditanya beberapa soalan seperti sama ada mereka pernah bercerita pengalaman tersebut dengan ahli keluarga atau hanya mula bercakap mengenainya baru-baru ini.

Foong berkata beliau telah menceritakan pengalamannya kepada ahli keluarganya yang menganggap beliau sebagai hero selepas membantu menyelamatkan mereka dan jiran-jirannya pada hari kejadian.

Sementara itu, Hassan berkata, kali pertama beliau bercakap mengenai peristiwa itu adalah kira-kira 10 tahun lalu dalam satu program temu bual dengan Fahmi Fadzil, yang kini merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai.

Ketiga-tiga mereka bergilir-gilir menjawab pertanyaan seperti misalnya keadaan yang berlaku selepas peritiwa itu.

"Perkara yang lucu adalah, selepas rusuhan, ia seolah-olah semuanya kembali normal. Hidup diteruskan.

"Kita tidak boleh melihat pengalaman semua orang dan melihat sama ada orang ini orang baik atau tidak. Saya tidak kehilangan seorang kawan pun,"kata Johan.

Lihat Komen
ADS