Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kenaikan cukai eksais punca limpahan rokok tiruan di Malaysia

Kenaikan cukai eksais sehingga 40 peratus merupakan punca utama Malaysia menjadi 'syurga' kepada sindiket penyeludup rokok sehingga negara ini diletakkan di kedudukan nombor satu di dunia dalam jenayah berkenaan.

Menurut kajian oleh Oxford Economic, keputusan kerajaan menaikkan cukai eksais sebanyak 40 peratus pada tahun 2015 mengakibatkan rokok tiruan melimpah di negara ini sehingga 12 bilion batang rokok dijual setiap tahun.

Ini menyebabkan kerajaan menanggung kerugian sehingga RM5.1 bilion setiap tahun.

Pengarah Perundingan Impak Ekonomi Eropah dan Timur tengah, Oxford Economic, Pete Collings memberitahu jualan rokok tiruan naik secara mendadak sehingga 22 peratus pada tahun 2018 jika dibandingkan sebelum kenaikan cukai eksais.

"Sebelum cukai eksais dinaikkan sehingga 40 peratus pada tahun 2015, penjualan rokok tiruan di Malaysia adalah antara 36 peratus hingga 37 peratus. Namun, angka tersebut naik secara mendadak kepada 52 peratus pada tahun 2016 diikuti 59 peratus pada tahun 2018.

"Lebih mengejutkan lagi, walaupun jumlah perokok di Malaysia meningkat kepada 5 peratus, penjualan rokok di Malaysia jatuh hampir 32 peratus selepas dikuasai oleh rokok tiruan," katanya di majlis perbincangan meja bulat berkenaan sindiket penyeludupan tembakau tiruan di Malaysia anjuran British Tobacco Malaysia (BAT) di Hotel Majestic, Kuala Lumpur hari ini.

Collings turut mendedahkan perbezaan harga rokok tiruan di pasaran yang lebih murah berbanding rokok biasa memberi impak yang besar kepada syarikat pembekal tembakau.

"Pada tahun 2017 sahaja, dua syarikat pembekal tembakau BAT dan Japan Tobacco International (JTI) menutup kilangnya di Malaysia mengakibatkan lebih 5,000 hilang kerja secara langsung dan tidak langsung.

"Kerajaan juga hilang pendapatan hampir RM5.1 bilion pada tahun 2018 akibat penjualan rokok tiruan," tambahnya.

Katanya, kerajaan hilang RM4.8 biionl daripada cukai eksais dan RM300 juta cukai jualan kerana penyeludupan rokok tiruan.

"Hari ini rokok tiruan menguasai hampir 60 peratus pasaran tempatan. Penyeludupan rokok tiruan ini satu isu besar di Malaysia.

"Sasaran kerajaan untuk mencapai pendapatan hasil daripada cukai serta tahap kesihatan rakyat Malaysia turut terjejas," kata Collings lagi.

Lihat Komen
ADS