Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Intipati perbicaraan bekas perdana menteri setakat ini
Diterbitkan:  Jun 22, 2019 9:14 AM
Dikemaskini: 1:18 AM

KES NAJIB | Antara keterangan yang diberikan pada perbicaraan Najib Razak minggu ini ialah kerajaan masih menanggung hutang RM4.15 bilion melalui pinjaman oleh SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) setakat Mei 2019 dan bekas perdana menteri itu dirujuk sebagai “pegawai atasan yang keputusannya adalah penting dalam urusan SRC:

Hari ke-26 (17 Jun):

Bekas pengerusi lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd, Ismee Ismail kekal dengan pendirian bahawa lembaga pengarah masih perlu mendapatkan kelulusan Najib Tun Razak bagi sebarang keputusan oleh syarikat.

Ismee, saksi pendakwaan ke-39, berkata beliau berpendapat bahawa makna tersirat bagi perkataan “nasihat” dari Najib, selaku penasihat emeritus SRC, seperti tertera dalam Memorandum dan Tataurusan syarikat SRC, juga termasuk kelulusan.

Ismee, 54 (gambar, bawah), juga memberi keterangan bahawa bahawa dia mengaitkan perkataan kerajaan dengan perdana menteri ketika itu kerana dia pernah membangkitkan isu tadbir urus SRC kepada bekas ketua pegawai eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil yang akan menjawab bahawa perkara yang dibangkitkan telah dibincangkan dan dipersetujui oleh “kerajaan”.

"Pada pandangan saya,, “kerajaan” yang Nik Faisal merujuk ialah Najib," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib

Harvinderjit berpendapat saksi tidak dapat membayangkan kerajaan adalah Perdana Menteri kerana kerana kerajaan bukan sahaja Perdana Menteri kerana keputusan itu harus melalui seluruh jentera​​​​​​​

Ismee menjawab “setahun saya ia adalah Perdana Menteri… apabila perkataan kerajaan terlintas dalam fikiran kita, kami difahamkan bahawa ia merujuk kepada Perdana Menteri.

Hari ke-27 (18 Jun):

Ismee memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anggota Lembaga Pengarah yang enggan mematuhi minit mengandungi nasihat dari Najib akan disingkirkan atau diminta meletak jawatan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Bahagian Kabinet, Perlembagaan & Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri Mazidah Abdul Majid memberitahu bahawa Najib tidak mengisytiharkan kepentingannnya apabila mempengerusuikan mesyuarat kabinet berkaitan isu SRC.

Saksi ke-40 pendakwaan juga berkata tidak seorangpun menteri meminta Najib meninggalkan mesyuarat ketika atau sebelum memorandum berkaitan SRC dibincangkan.

Bagaimanapun, Najib meninggalkan mesyuarat pada 23 Nov,2012 apabila Kabinet membincangkan satu memorandum berkaitan CIMB Bank Berhad. Pada masa itu, adik tertuduh, Nazir Razak adalah pengerusi CIMB Group Holdings Bhd.

Saksi itu berkata memang menjadi amalan untuk mengisytiharkan kepentingan dan meninggalkan mesyuarat jika mereka mempunyai penglibatan dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh kabinet.

"Sebagai contoh, pada mesyuarat Kabinet pada 26 April 2017, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, meninggalkan mesyuaratu apabila memorandum dari perdana menteri dibentangkan.

Dalam mesyuarat Kabinet pada 14 Dis, 2016, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein juga meninggalkan mesyuarat apabila memorandum dari Perdana Menteri dibentangkan, “katanya.

Hari ke-28 (19 Jun):

Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Afidah Azwa Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa SRC mulanya menyatakan tujuannya sebagai 'aktiviti pelaburan dan dana pusingan' dalam permohonan pinjaman RM2 bilion daripada KWAP.

Saksi pendakwaan berkata berkata tujuannya berbeza daripada yang terkandung dalam jaminan kerajaan yang akan diluluskan oleh Kabinet, iaitu, 'pelaburan dalam sumber alam.

​​​​​​​Afidah Azwa, 44 (gambar), berkata kementerian kewangan dalam memorandum mesyuarat kabinet diminta untuk mengubah tujuan asal yang dinyatakan dalam permohonan pinjaman SRC kepada pelaburan sumber semula jadi' untuk mematuhi keperluan dalam jaminan kerajaan.

Beliau berkata, sehingga Mei 2019, kerajaan masih mempunyai hutang KWAP sebanyak RM4.15 bilion untuk pinjaman yang diambil oleh SRC International Sdn Bhd.

Saksi itu berkata berdasarkan perjanjian antara SRC International dan KWAP, tempoh pembayaran pinjaman berjumlah RM4 bilion adalah 10 tahun, dari tarikh dikeluarkan pada 2012 hingga 2022.

“Kerajaan masih membayar hutang pinjaman SRC dengan KWAP dan pembayaran akan berterusan sehingga selesai bayaran balik sepenuhnya," katanya.

Dia memberi keterangan bahawa SRC gagal menyelesaikan hutangnya dengan KWAP melibatkan pinjaman berjumlah RM4 bilion kerana akaun syarikat di Switzerland telah dibekukan.

Afidah Azwa berkata perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu Irwan Serigar Abdullah pada September 2015 dan beliau juga menghadiri mesyuarat dan dalam mesyuarat itu, SRC diminta untuk membentangkan kedudukan kewangan syarikat dan juga menerangkan mengenai akaunnya di Switzerland yang dibekukan.

"Beberapa surat dihantar dan diterima tetapi tiada dokumen atau maklumat diberikan oleh SRC mengenai perkara itu,” kata Afidah Azwa.

Saksi itu berkata, Kementerian Kewangan meminjamkan sejumlah RM605 juta kepada SRC bagi membolehkannya membuat bayaran tertunggak terhadap faedah terkumpul daripada pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, dana pencen perkhidmatan awam terbesar di Malaysia.

Afidah Azwa memberitahu bahawa kementeriannya telah mengeluarkan RM605 juta sebanyak tiga kali antara 2015 dan 2017, susulan tiga permohonan pinjaman berasingan yang dibuat oleh SRC kepada kementerian dan menambah setahunya SRC tidak membayar balik RM605 juta yang dipinjam.

Afidah Azwa menjelaskan bahawa faktor utama terhadap keputusan kementerian untuk memberi pinjaman adalah untuk mengelakkan KWAP mengisytiharkan keingkaran di pihak SRC kerana keadaan itu memerlukan Kerajaan sebagai penjamin untuk membayar penuh pinjaman RM4 bilion.

Mahkamah diberitahu bahawa oleh pegawai itu bahawa kementerian pertama meminjam RM92 juta kepada SRC pada November 2015 untuk membolehkannya membuat pembayaran faedah yang tertunggak kepada KWAP - bayaran tersebut telah tertunggak pada Ogos dan September tahun yang sama.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa pinjaman kedua sebanyak RM213 juta diberikan pada tahun 2016 susulan permohonan daripada SRC untuk pinjaman RM250 juta, dan ini diberikan oleh kementerian untuk membolehkan syarikat itu sekali lagi memenuhi pembayaran faedah yang tertunggak kepada KWAP.

Pinjaman ketiga sebanyak RM300 juta diberikan pada 13 Dis, 2017 untuk membolehkan SRC membuat bayaran faedah kepada KWAP serta bayaran atas prinsipal yang telah tertunggak sehingga Mac 2017.

Afidah Azwa memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau diminta untuk menyediakan dokumen untuk memorandum kepada Kabinet mengenai jaminan kerajaan bagi pinjaman RM2 bilion dan berkata beliau juga berada dalam tekanan dan mempunyai keraguan atas permintaan untuk mempercepatkan perkara itu.

Saksi itu berkata, "Saya mengalami tekanan. Saya bekerja di bawah tekanan. Saya menghadapi tekanan ketika itu."

Beliau juga memberitahu bahawa permohonan pinjaman jangka pendek oleh SRC kepada Kementerian Kewangan untuk menjelaskan bayaran tertunggak kepada KWAP tidak dibentangkan dalam Kabinet.

Seorang bekas pengarah bukan eksekutif SRC, Suboh Md Yassin (gambar), mengakui bahawa dia dan isterinya melarikan diri ke Bangkok, Thailand, kerana mereka berasa takut Najib yang menjadi perdana menteri ketika itu selepas hasratnya untuk membuat laporan mengenai isu SRC kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah diketahui.

Beliau berkata beliau menghubungi SPRM pada 2015 untuk membuat temujanji untuk menjelaskan isu SRC yang disiasat oleh suruhanjaya itu.

"Sebelum ke pejabat SPRM, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil dari SPRM. Beliau memberitahu saya supaya tidak pergi ke pejabat SPRM untuk temu janji dan mengarahkan saya meninggalkan Malaysia.

"Saya takut dengan apa yang sedang berlaku dan juga kerana Najib masih berkuasa sebagai perdana menteri," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya.

Saksi pendakwaan ke-42 itu berkata dia dan isterinya tinggal di Bangkok selama kira-kira sebulan dan kemudian melarikan diri ke Abu Dhabi dan mereka tinggal kira-kira seminggu sebelum terbang kembali ke Bangkok dan seterusnya, kembali ke Malaysia.

“Selepas kembali (ke Malaysia), saya dihubungi oleh (ketua pegawai eksekutif SRC ketika itu) Nik Faisal Ariff Kamil, yang sekali lagi mengarahkan saya untuk meninggalkan negara ini untuk mengelaKkan masalah dengan pihak berkuasa.

"(Tetapi) saya memutuskan untuk terus tinggal di negara ini dan membantu siasatan oleh pihak berkuasa," katanya.

Suboh juga memberitahu bahawa tugasan harian di SRC perlu dibincangkan dan dipersetujui oleh "pihak atasan", merujuk kepada Najib sebagai penasihat emeritus syarikat.

Beliau berkata beliau sering membangkitkan isu-isu mengenai usaha dan pematuhan terhadap prosedur, tetapi sentiasa diberi jaminan oleh Nik Faisal (gambar) bahawa mereka telah diluluskan oleh "pihak atasan".

Nik Faisal selalu menjawab dengan menyatakan bahawa perkara itu telah dibincangkan dan diluluskan oleh pihak atasan. Bagi saya, pihak atasan yang dirujuk oleh Nik Faisal ialah Najib, "katanya.

Suboh memberitahu bahawa projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh SRC melibatkan geran RM250 juta untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur, tidak mematuhi prosedur syarikat, tetapi telah diluluskan oleh "pihak atasan."

Beliau berkata SRC telah melantik Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) untuk mengendalikan projek itu dan diberi peruntukan sebanyak RM250 juta.

“Bagi saya, jumlah geran itu besar dan harus melalui prosedur sedia ada dengan mendapatkan kelulusan bertulis menerusi resolusi oleh Lembaga Pengarah. Saya membangkitkan persoalan mengenai peraturan syarikat dan isu pematuhan kerana pemberian RM250 juta melibatkan penggunaan dana SRC.

“Setiap kali saya membangkitkan isu itu, Nik Faisal berkata 'ia akan ditangani' dan ini telah diluluskan oleh pihak atasan," kata Suboh ketika membacakan pernyataan saksinya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung pada 1 Julai dengan Suboh menyambung memberi keterangan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS