BERITA

Orang Asli bebas pilih agama, tegas Jakoa

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Jun 2019, 4:53 pagi

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Juli Edo yang baru dilantik membidas usaha menukar agama Orang Asli di negara ini kepada agama Islam.

Beliau berkata, pihak berkuasa agama tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas masyarakat Orang Asli dengan mengislamkan mereka, lapor The Star.

"Perlembagaan mesti dihormati. Bukan Islam bebas memilih agama mereka, "kata Juli semasa mesyuarat agung tahunan Jakoa semalam.

Semalam dilaporkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bercadang mengislamkan semua Orang Asli di negeri itu dalam tempoh 30 tahun.

Utusan Malaysia memetik Timbalan Yang Dipertua Maik, Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, kira-kira 5,000 daripada 16,000 Orang Asli di negeri itu kini adalah orang Islam.

Azlan berkata, terdapat lebih 100 pendakwah dan pekerja komuniti Maik di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang ditugaskan menjaga kebajikan Orang Asli dan memberi pendidikan kepada mereka.

Sementara itu, Juli melahirkan rasa kesal kerana usaha untuk menukarkan agama Orang Asli telah menjadi agenda kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, masyarakat Orang Asli mempunyai budaya dan tradisi mereka sendiri yang diwarisi turun temurun.

"Orang Asli telah hidup secara aman dengan orang lain untuk selama bergenerasi, jadi apa yang salah dengan cara hidup dan tradisi mereka," soal beliau. 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.