Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Punca pencemaran udara Pasir Gudang belum dikenal pasti'

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) masih tidak mengenal pasti punca pencemaran udara di Pasir Gudang yang menyebabkan ratusan sekolah dan institut pendidikan ditutup awal minggu ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan ismail ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeoh Bee Yin memaklumkan mesyuarat kabinet bahawa pemeriksaan yang dibuat setakat ini masih tidak menemui punca masalah itu.

"Periksa kencing dan darah setakat ini, tiada kesan yang kita boleh kaitkan (sebagai punca)," katanya lagi.

Pencemaran udara yang bermula minggu lalu mengakibatkan puluhan termasuk pelajar sekolah mengalami muntah dan sesak nafas.

Setakat ini, 30 kilang kimia sudah disenarai pendek untuk siasatan manakala 111 sekolah rendah dan menengah, 3 intitusi pengajian tinggit (IPT), 347 tadika serta 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa di Pasir Gudang diarahkan tutup sementara.

Yeo Bee Yin

Yeo dan Exco Kesihatan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar dalam kenyataan bersama hari ini berkata tiada pesakit baru daripada pencemaran itu setakat tengah hari tadi, menjadikan keseluruhan mangsa yang dirawat seramai enam orang.

Mereka juga berkata ujian makmal daripada sampel 8 pesakit untuk ujian urine cyanide, blood cyanide dan VOC ialah negatif.

"Susulan insiden ini, polis telah membuat sekatan jalan raya di Pasir Gudang dan sekitarnya selama 24 jam di empat lokai yang dikenal pasti menjadi akses utama keluar dan masuk ke Pasir Gudang.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui pasukan HAZMAT masih memantau tahap kualiti udara menggunakan gas analyser (GASMET) dalam radius pengesanan enam hingga 15 kilometer," kata mereka dalam kenyataan.

Mereka berkata Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan keselamatan penduduk dan menangani pencemaran udara secara tuntas.

(Pertama) mewujudkan stesen pemantauan bahan cemar udara secara tetap bagi pemantauan berterusan. Seterusnya mewujudkan system prediction of chemical dispersion yang akan menjadi rujukan piawaian bagi setiap bahan cemar di Pasir Gudang adalah dalam bacaan yang normal," kata mereka lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS