Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mujahid jelaskan kontroversi ‘berita palsu’ mengenai Xinjiang
Diterbitkan:  Jul 1, 2019 12:21 PM
Dikemaskini: 4:23 AM

Menteri Agama Mujahid Yusof menafikan laporan yang memetiknya mengulas isu berita palsu berkaitan umat Islam Xinjiang, China.

Menurut kenyataan pejabatnya laporan Free Malaysia Today (FMT) pada 28 Jun berdasarkan teks ucapan syarahannya amat mengelirukan, tidak tepat serta tidak menggambarkan keseluruhan ucapan.

“Dalam teks ucapan YB menteri, tiada perkataan Xinjiang mahupun etnik Uyghur

yang disebut. 

“Perkataan 'false news' digunakan bagi memberi gambaran bahawa berita palsu mampu menjejaskan hubungan antara negara dan masyarakat,” menurut kenyataan itu lagi.

 Menurut pejabat Mujahid juga, pemimpin Amanah itu juga berkata umat Islam di China bukan sahaja terdiri daripada etnik Uyghur tetapi terdapat beberapa etnik lain antaranya Hui, Kazakh, Uzbeks dan Tajik.

“Sehubungan itu, laporan FMT berkenaan sangat tidak tepat dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

FMT melaporkan Mujahid menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai “berita palsu”.

“Berita palsu di China mengenai umat Islam ditindas boleh mencetuskan gelombang simpati pada orang yang ditindas dan menjejaskan hubungan,” Mujahid dipetik sebagai berkata dalam ucapan di sebuah universiti di Beijing.

Beliau kemudian dilapor membuat perbandingan dengan dakwaan penganut Hindu di Malaysia dianiaya.

Mujahid sebelum ini dikritik kerana menggunakan istilah “pusat latihan” di Faceboo beliau bagi merujuk kepada sebuah kem kontroversi yang ditubuhkan untuk “mendidik semula” penentang beragama Islam di wilayah Xinjiang yang bergolak.

Kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun berkata pusat itu sebenarnya “kem tahanan”.

 

Lihat Komen
ADS