Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes keldai dadah M'sia dihukum mati di S'pura didengar 19 Julai

Usaha menyelamatkan warga Malaysia, P Pannir Selvam daripada tali gantung di Singapura diteruskan apabila peguamnya akan mencabar penolakan rayuan dan kegagalan pejabat peguam negara Singapura untuk mengeluarkan sijil bantuan substantif yang boleh menyelamatkan nyawanya.

Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran berkata mahkamah Singapura menetapkan 19 Julai untuk pendengaran.

"Banyak perkara bergantung pada pendengaran itu - sama ada kami berjaya atau tak," katanya di pejabat LFL di Petaling Jaya, hari ini.

Turut bersama ialah adik-beradik Pannir yang berusaha menyelamatkan nyawa Pannir dan menukar hukuman kepad penjara seumur hidup.

Pannir diberi penangguhan hukuman di saat-saat akhir, beberapa minggu lalu.

Dia dijadual untuk menjalani hukuman itu di Penjara Changi pada 24 Mei. Bagaimanapun sehari sebelumnya dia diberi penangguhan hukuman tersebut.

Ia selepas mahkamah memutuskan Pannir patut diberi masa secukupnya untuk mendapat nasihat undang-undang selepas dimaklumkan tentang tarikh hukuman, dan keputusan presiden menolok petisyen rayuannya seminggu lebih awal.

Menurut Surendran, proses rayuan itu memiliki kelemahan secara asas.


Baca'Singapura terburu-buru mahu gantung adik saya?'


Surat daripada Penjara Changi berkenaan hukumannya dan surat penolakan presiden yang bertarikh sama, iaitu 17 Mei.

"Ini menunjukkan ada kelemahan serius kerana pastinya pihak penjara tidak tahu rayuan telah ditolak ketika surat daripada pejabat presiden belum pun dikeluarkan," katanya.

Pasukan peguam Pannir juga mencabar kegagalan pejabat peguam negara untuk mengeluarkan sijil bantuan substantif (CSA) kepada lelaki berusia 27 tahun itu.

"Di bawah undang-undang Singapura, peguam negara boleh memberi CSA apabila individu yang disabitkan kesalahan dadah membantu pihak berkuasa.

"Jika ia dilakukan, mahkamah kemudiannya boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup berbanding hukuman mati.

"Faktanya jelas bahaw Pannir membantu pihak berkuasa. Dia pada masa itu diperdaya pengedar dadah yang berpangkalan di Malaysia, dan telah memberi maklumat tentang pengedar itu kepada pihak berkuasa," kata Surendran.

Pada 27 Jun 2017, Pannir disabit bersalah menyeludup 51.84g diamorphine di Woodlands Checkpoint pada September 2014.

Dia menafikan tahu berkenaan barang larangan itu. Hakim Mahkamah Tinggi Singapura ketika menyabitnya turut mendapati Pannir hanya menjadi keldai dadah.

Sementra itu, adik Pannir, P Angelia, 25, menggesa orang ramai untuk menandatangani petisyen di savepannir.info.

"Abang saya orang baik... Orang ambil kesempatan atas dirinya. Dia diperdaya membawa 'ubat seks' (yang sebenarnya dikesan sebagai dadah).

"Kami yakin kerajaan Singapura akan menimbang secara adil dan selamatkan nyawanya," katanya.

Lihat Komen
ADS