Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nasib exco dituduh merogol diketahui lepas siasatan

Kedudukan seorang exco Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya akan diputuskan selepas polis selesai menjalankan siasatan.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan berkenaan dan meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara telus serta profesional.

"Kerajaan negeri menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Terdahulu media melaporkan seorang wanita warga Indonesia membuat laporan di Balai Jelapang, Ipoh semalam, mendakwa dia dirogol exco berkenaan di rumahnya.

Ketua Penolong Pengarah Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Choo Lily, ketika dihubungi Bernama News Channel mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS