Malaysiakini
BERITA

Akta Hasutan akan dimansuh, diganti 'secepat mungkin'

Annabelle Lee

Diterbitkan

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan undang-undang baru.

Bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini perdana menteri berkata sebagai langkah permulaan akta tersebut akan ditarik balik.

"Pertamanya, kita akan menarik balik undang-undang (berkenaan) dahulu," katanya.

Mengenai akta baru yang akan menggantikan Akta Hasutan, perdana menteri berkata, kerajaan kini dalam proses menyiapkannya.

"Kerajaan dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang tersebut," katanya.

Ditanya bilakah proses tersebut akan selesai dan mungkin ada tempoh waktu tertentu untuknya, Mahathir menjawab: "Secepat mungkin."

Menghapuskan akta tertentu yang dianggap menekan rakyat adalah satu daripada janji diikrarkan PH dalam manifesto mereka menjelang pilihan raya umum tahun lalu.

Satu daripada akta yang dianggap menyekat kebebasan bersuara ialah Akta Hasutan.

Awal minggu ini penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, menjadi tahanan terbaru yang dikenakan hukuman penjara mengikut Akta Hasutan.

Dia dihukum penjara selama setahun.

[Berita lanjut menyusul]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.