Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu ambil alih lebuh raya: Kabinet tak sependapat?
Diterbitkan:  Jul 12, 2019 10:33 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Tawaran Maju Holdings Sdn Bhd yang dihidupkan semula untuk mengambil alih Plus Malaysia Bhd - pengendali lebuh raya terbesar di negara ini - kelihatan menyebabkan sedikit pergeseran di Putrajaya.

Maju Holdings yang dimiliki secara persendirian telah mencadangkan untuk berbuat demikian pada 2017. Untuk melancarkan perjanjian, Maju Holdings malah menawarkan untuk membekukan harga tol selama 20 tahun.

Akhirnya, pentadbiran BN menyatakan keraguan mengenai daya maju cadangan itu dan menolaknya.

Kementerian Kewangan juga memberitahu Parlimen bahawa kerajaan tidak mahu menyelamatkan Plus sekiranya langkah itu gagal.

Maju Holdings kini mencuba nasib dengan eksekutif baru di Putrajaya.

Menteri Kerja Raya Baru Bian, yang bertanggungjawab terhadap infrastruktur awam, memberitahu pemberita semalam bahawa kementeriannya telah menerima cadangan baru syarikat itu dan ia akan diteliti kabinet.

Menurut The Edge Markets, Maju Holdings menawarkan RM3.5 bilion untuk Plus dan akan menanggung hutang kira-kira RM30 bilion.

Akhbar perniagaan itu juga melaporkan bahawa syarikat itu merancang untuk menurunkan caj tol, antara 25 hingga 36 peratus, sebagai pertukaran untuk sambungan ke tempoh kutipan tol, antara 10 hingga 30 tahun.

Rayuan perjanjian Maju Holdings itu dipercayai akan menghapuskan pampasan kerajaan sebagai ganti kenaikan caj tol dan juga memenuhi objektif politik untuk mengurangkan kadar tol secara beransur-ansur.

Difahamkan kabinet masih belum mempertimbangkan perkara ini.

Keputusan muktamad di tangan Dr M?

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak berminat dengan cadangan itu.

Sementara Lim menyatakan bahawa dua pemegang saham Plus - Khazanah National Bhd (51 peratus) dan KWSP (49 peratus) - tidak berminat.

KWSP diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Manakala Khazanah yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pengarah urusan Khazah Shahril Ridza Ridzuan mewakili Kementerian Kewangan.

Pada laporan 1 Julai, Edge Market bertanya kepada Mahathir mengenai bantahan Lim, dengan Perdana Menteri menjawab: "Dia (Lim) tidak mahu (perjanjian Maju Holdings)".

Mahathir juga memberi isyarat bahawa beliau telah menyatakan keraguan untuk kerajaan persekutuan mengambil alih semua lebuh raya di negara ini.

"Ia sukar kerana ia akan menelan belanja banyak, tetapi kita (kerajaan) tidak mempunyai wang.

"Saya tidak tahu, dia (Lim) seolah-olah berfikir bahawa dia (kerajaan) boleh mengambil (lebih) lebuh raya danmengenakan caj tol pada waktu kemuncak.

"Tetapi saya tidak tahu sama ada (ia akan berhasil) untuk lebuh raya bandar, ya, kita akan lihat."

Mahathir dipercayai merujuk kepada eksperimen yang dimulakan oleh Lim dalam mengambil alih empat lebuh raya di Lembah Klang. Rencananya adalah untuk membiayai pengambilalihan dengan mengenakan caj "kesesakan".

Lim berkata bahawa sekiranya kaedah itu berjaya, ia boleh menjadi model bagi kerajaan mengambil alih lebuh raya lain.

Siapa Maju Holdings?

Maju Holdings adalah sebuah syarikat milik persendirian yang dikuasai oleh Abu Shahid Mohamad - yang bertanding sebagai pengerusi Perwaja Holdings Bhd pada tahun 2013.

Projek-projek terkenal Maju Holding ialah Terminal Bas Bandar Tasik Selatan (TBS) dan Maju Expressway (MEX).

Kebanyakan projek prasarana utamanya telah diperoleh semasa era Mahathir menjadi perdana menteri kali pertama.

Syarikat itu dilihat mengagumi Mahathir dan memberi penghormatan kepada perdana menteri pada papan iklan digital yang ditampalkan pada salah satu gedung pencakar langit berhampiran TBS.

Secara kebetulan, wawancara The Edge Market dengan Mahathir telah dijalankan pada hari rumah terbuka Abu Sahid pada 24 Julai di kediamannya di Sungai Besi. Baru dilihat pada acara yang sama.

Plus, yang mengendalikan lima lebuh raya dan Jambatan Pulau Pinang, adalah syarikat yang mengalami kerugian, tetapi Abu Sahid telah memberitahu The Edge Markets bahawa dia boleh mengubah keadaan.

Niat Putrajaya terhadap Plus dan lebuh raya lain mungkin menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu akan datang apabila kabinet akhirnya membincangkan laporan oleh perunding bebas yang ditugaskan oleh Kementerian Kerja Raya.

Baru telah menjelaskan bahawa kerja perunding adalah untuk mencadangkan penyelesaian bagi mengurangkan beban pengguna lebuh raya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar berkata laporan itu akan dibentangkan kepada kabinet pada bulan Jun.

Kabinet akan bermesyuarat lagi Jumaat depan.

Lihat Komen
ADS