Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Putrajaya pertimbang ganti hukuman mati mandatori
Diterbitkan:  Jul 13, 2019 5:45 PM
Dikemaskini: 11:34 AM

Kerajaan sedang mengkaji untuk menggantikan hukuman mati mandatori dengan memberikan budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman.

Sekiranya digantikan hakim boleh menjatuhkan sama ada hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atau pun penjara antara 10 ke 30 tahun.

Menteri Undang-undang Liew Vui Keong memaklumkan beliau telah diarahkan untuk membentuk suatu pasukan petugas khas bagi meneliti hal tersebut.

"Jemaah menteri telah pun membuat keputusan bahawa perkataan mandatori ini akan dikeluarkan daripada undang-undang di mana kita akan memberikan kuasa kepada hakim atau pun mahkamah unuk menentukan hukuman sama ada hukuman gantung mati atau pun penjara diberikan kepada mereka yang telah pun didapati bersalah dalam tuduhan kesalahan capital punishment yang memberikan hukuman gantung sampai mati.

"Pada keseluruhannya kita ada 11 kesalahan. Di mana sekiranya didapati bersalah mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mati atau pun (10 ke 30 tahun) penjara," katanya kepada pemberita di Sandakan hari ini.

Sementara menunggu hasil kajian itu, Liew berkata sebarang perubahan undang-undang akan dibuat bersama-sama pindaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan tidak akan dibentang di Dewan Rakyat pada sidang kali ini yang sedang berlangsung.

Menurut Liew lagi, beliau yakin ia akan dibentangkan pada sidang parlimen Okrober depan.

Kerajaan pada awalnya mencadangkan untuk memansuhkan hukuman mati secara keseluruhannya tetapi mendapati kekurangan sokongan orang ramai.

Kini, kerajaan merancang untuk mengekalkan hukuman mati tetapi memberikan hakim budi bicara untuk menjatuhkan hukuman.

"Di mana kita akan memberikan kuasa kepada hakim atau pun mahkamah untuk menentukan sama ada hukuman gantung sampai mati atau pun hukuman penjara," kata Liew lagi.

Bulan lalu, Liew berkata kerajaan sedang mengkaji untuk beralih daripada sistem keadilan yang bersifat menghukum kepada sistem yang memulihkan pesalah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS