Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saham dalam CIMB bukan dijual, kata Khazanah

Khazanah Nasional Bhd menjelaskan ia tidak menjual sahamnya dalam CIMB Group Holdings Bhd seperti yang dilaporkan.

Dana harta negara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata saham-saham tersebut dipindahkan menurut perjanjian pemberian pinjaman sekuriti yang dimeterainya masing-masing dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd, Credit Suisse Securities (Europe) Limited dan J.P. Morgan Securities PLC berkaitan dengan bon boleh tukar yang diterbitkan baru-baru ini.

"Bon boleh tukar itu tidak akan mempunyai kesan dilutif ke atas pendapatan sesaham CIMB," kata Khazanah sambil menambah penerbitan bon boleh tukar itu adalah sebahagian daripada aktiviti pembiayaan tetapnya.

Khazanah juga berkata ia menerbitkan 10 bon boleh tukar sejak 2004.

Dilaporkan semalam bahawa Khazanah telah menjual 3.45 peratus pegangannya dalam bank kedua terbesar Malaysia itu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS