Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat luluskan usul persempadanan semula Sabah

Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul menambah kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Sabah dari 60 kepada 73.

Kesemua 158 ahli parlimen dari kedua-dua belah pihak menyokong usul itu.

Usul itu diluluskan meskipun terdapat pihak menyatakan Ahli Parlimen PAS Pendang Awang Hashim dan Ahli Parlimen Upko Tuaran, Wilfred Madius Dungau menyatakan kebimbangan terdapat pemanipulasian sempadan pilihan raya atau 'gerrymandering'.

Awang sebelum ini mempersoalkan langkah kerajaan meneruskan usul yang didraf ketika era pentadbiran BN itu.

Dalam penggulungan perbahasannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mempertahankan persempadanan semula sempadan pilihan raya di Sabah.

"Suka saya menjelaskan bahawa urusan kajian semula persempadanan dilaksana oleh SPR berlandaskan kepada tatacara dan prinsip-prinsip persempadanan yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Perlembagaan membenarkan sebahagian kecilnya dan pembahagian bukanlah satu-satunya pertimbangan dalam merumuskan sempadan pilihan raya, katanya.Faktor lain, termasuk kepadatan penduduk, pertumbuhan pengundi, keadaan geografi dan saiz kawasan, akan diambil kira, menurut Liew.

Tambahnya, keseimbangan pemilih antara bahagian-bahagian pilihan raya bukanlah satu-satunya faktor yang dipertimbangkan oleh SPR dalam melaksanakan urusan kajian semula persempadanan bahkan banyak lagi faktor yang turut dipertimbangkan.

"(Faktor itu) ialah kepadatan penduduk dan pertumbuhan pemilih; keadaan geografi, muka bumi dan keluasan bahagian pilihan raya; ruang pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang ada; bilangan perwakilan wakil rakyat yang ada; akses kepada rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat yang dilantik; kemudahan pentadbiran bagi tujuan pendaftaran dan penjalanan pilihan raya; dan pemeliharaan hubungan tempatan," katanya.

Selain membangkitkan tentang 'gerrymandering', ahli parlimen lain, khususnya Wilfred Madius Dungau juga mendakwa beberapa sempadan pilihan raya dibuat untuk mewujudkan kawasan berasaskan kaum.

Liew berkata: "Pewujudan bahagian-bahagian pilihan raya adalah tidak bergantung sepenuhnya kepada jumlah pemilih, tetapi masalah dan kesukaran pemilih di kawasan luar bandar juga dititik beratkan dan diberi perhatian.

"Oleh yang demikian, pembahagian pemilih berdaftar yang hampir sama banyak bagi setiap Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di dalam Negeri Sabah adalah sukar untuk dilaksanakan kerana terdapatnya kawasan-kawasan luar bandar yang keadaan topografi dan demografinya yang sangat berbeza antara satu sama lain".

Beliau berkata negara-negara maju seperti United Kingdom, Kanada dan Australia yang dilihat mementingkan keseimbangan pemilih antara bahagian-bahagian pilihan raya turut memberi pengecualian khususnya kepada bahagian pilihan raya yang luas dan kawasan pulau yang mempunyai bilangan pemilih yang rendah.

Selain itu, Liew turut menolak cadangan ahli parlimen yang menggesa SPR menggariskan semula sempadan pilihan raya.

Pada 2016, Dewan Undangan Sabah meluluskan pindaan Arikel 14(2) perlembagaan negeri untuk menambah bilangan kerusi negeri sebanyak 13.

SPR mengemukakan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri ketika itu, Najib Razak pada tahun 2017, tetapi ia tidak dibentangkan di Parlimen.

Pakatan Harapan membentangkan dan meluluskan laporan persempadanan semula yang sama tanpa membuat sebarang perubahan.

Lihat Komen
ADS