Malaysiakini
BERITA

'Kebarangkalian video tulen tinggi, pengecaman wajah negatif'

Diterbitkan
Dikemaskini 18 Jul 2019, 10:42 pagi

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen berdasarkan hasil analisis CyberSecurity.

"Kebarangkalian video tersebut tulen adalah tinggi.

"Hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan," katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Pada 12 Jun lalu, Haziq menggemparkan negara dengan mengaku sebagai pelaku dalam video tular seks sejenis bersama seorang lagi lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Bagaimanapun Azmin menafikan dirinya terbabit dengan video lucah berkenaan.

Azmin sebaliknya mendakwa tuduhan tersebut bertujuan mematikan kerjaya politik beliau.

Perkembangan terbaru menyaksikan bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong pada 15 Jul lalu bersama lima individu ditahan dalam serbuan besar-besaran di sekitar Lembah Klang dan direman selama enam hari.

Penahanan reman itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed.

Sebelum itu, malam tadi Abdul Hamid dalam satu program televisyen yang disiarkan di RTM telah mengesahkan ketulenan video berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai supaya memahami tugas pihak polis yang perlu melakukan siasatan menyeluruh mengenainya.

"Jawapan yang kami terima, mereka (CyberSecurity) kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan seratus peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

"Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai...perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

"Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara," katanya.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.