Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri kerja raya enggan tandatangan kenyataan dukung Anwar
Diterbitkan:  Jul 20, 2019 6:11 PM
Dikemaskini: 3:10 PM

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata beliau tidak akan menandatangani kenyataan yang mendukung presiden partinya Anwar Ibrahim.

Pendirian Baru yang juga menteri kerja raya itu dibuat pada saat berlakunya pergeseran kepimpinan PKR.

MP Selangau merujuk kenyataan yang dibuat beberapa pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri semalam.

"Saya tak tanda tangan dan tidak akan memeterainya," katanya, lapor The Star.

Timbul ketegangan di dalam PKR selepas Anwar berkata timbalannya Mohamed Azmin Ali perlu meletak jawatan sekiranya terbukti benar dakwaan video seks yang melibatkan MP Gombak itu.

Sebagai maklum balas, pengerusi MPN PKR Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Malacca dan Wilayah Persekutuan mendatangani kenyataan menyokong Anwar semalam.

Mereka mendakwa pemimpin negeri lain juga akan menandatangani kenyataan bersama itu.

Sejak itu, Anwar melembutkan pendiriannya menggesa ahli parti mengetepikan perbezaan.

MP Port Dickson juga menyambut baik kenyataan polis bahawa pengecaman wajah gagal menentukan Azmin ialah lelaki dalam kes video seks itu.

Terdapat juga desas-desus mengatakan video itu berkait perebutan jawatan perdana menteri susulan dakwaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memilih Azmin untuk menggantikannya walaupun terdapat perjanjian Anwar akan mengambil alih kepimpinan negara daripada pengerusi PH itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS