Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Laungan 'reformasi' sambut pembebasan setiausaha Anwar
Diterbitkan:  Jul 23, 2019 3:04 PM
Dikemaskini: 1:48 PM

KEMASKINI | Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dibebaskan daripada tahanan polis kira-kira jam 3.50 petang ini selepas reman yang dikenakan ke atasnya berakhir.

Kira-kira 10 minit selepas itu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz pula dibebaskan daripada tahanan reman.

Terdahulu, kira-kira 100 penyokong - sebahagiannya membawa plakad - menyambut pembebasan Farhash dengan teriakan "Reformasi".

Beliau turut dilihat dipakaikan kalungan bunga berwarna merah oleh para penyokongnya.

Mereka juga melaungkan "Bebaskan Farhash" dan "PDRM jangan jadi alat politik!".

Farhash kemudian bersalam dengan penyokongnya dan membalas laungan: "Anwar for PM, Azmin semburit".

Setiausaha politik Anwar itu ditahan pada 16 Julai lalu berkaitan video seks membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Manakala Haziq ditahan dua hari sebelumnya.

Setakat ini, seramai 11 orang telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung video berkenaan.

Dengan pembebasan Haziq dan Farhash hari ini, hanya seorang lagi masih ditahan reman.

Semalam, polis menyoal siasat seorang Adun PKR dari Selangor berhubung kes itu. Bagaimanapun, wakil rakyat itu tidak ditangkap.

Bulan lalu, beberapa siri video seks diedarkan kepada ahli politik dan wartawan oleh individu tidak dikenali.

Selepas itu, Haziq mengakui beliau adalah salah seorang daripada dua lelaki yang melakukan hubungan sejenis dalam video berkenaan. 

Beliau mendakwa pasangannya adalah Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Azmin bagaimanapun menafikan pembabitannya dan menyifatkan video itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya. 

Beliau juga menyebut bahawa ia adalah kerja orang dalam PKR.

Anwar sebelum ini berkata, siasatan bukan sahaja perlu memberi fokus kepada penyebaran video tetapi juga kesahihannya.

Ketua polis Abdul Hamid Bador berkata analisis oleh Cybersecurity Malaysia mendapati video berkenaan adalah tulen tetapi proses pengecaman wajah adalah negatif untuk mengaitkan menteri terbabit.

Siasatan ke atas dalang video berkenaan masih dijalankan.


Lihat Komen
ADS