Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno-PAS meterai piagam bersama 14 Sept
Diterbitkan:  Jul 25, 2019 12:49 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Piagam bersama Umno dan PAS akan dimeterai pada 14 September dalam dalam sebuah acara khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Ia akan ditandatangani oleh Presiden Umno Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

"Kedua-dua parti memutuskan piagam ini akan ditandatangani sendiri oleh presiden kedua-dua parti," kata kenyataan bersama dua setiausaha agung parti itu - Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan.

Sebelum ini piagam itu tertangguh beberapa kali, terbaru bagi memberi tumpuan kepada pindaan perlembagaan di parlimen berkaitan umur layak mengundi.

Sementara itu, Annuar dan Takiyuddin berkata pemeteraian itu dibuat setelah piagam itu berjaya dimuktamadkan.

“Hal demikian, kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama diwujudkan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, majlis bersejarah itu akan turut dihadiri oleh semua pemimpin Umno dan PAS dari seluruh negara.

Untuk rekod, Umno dan PAS telah menjalinkan kerjasama secara terbuka khususnya dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil selepas kekalahan BN pada PRU-14.

Lihat Komen
ADS