Malaysiakini
BERITA

Amirudin: Saya tak hadir kerana terperangkap dalam trafik

Shakira Buang

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Jul 2019, 10:24 pagi

Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari hari ini menjelaskan ketidakhadirannya ke mesyuarat Majlis Kepimpinan Pusat (MPP) parti itu semalam adalah disebabkan dirinya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Menurut Amirudin yang juga menteri besar Selangor, jadual programnya yang jauh juga antara sebab kenapa beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut meskipun telah cuba untuk berbuat demikian.

“Saya cuba untuk hadir tetapi tidak dapat hadir dan saya sudah maklumkan tidak boleh (hadir) semalam. Sebabnya, trafik agak parah semalam dan jadual (lokasi program) saya juga agak jauh untuk sampai ke ibu pejabat PKR.

"Saya masih di Selangor tetapi jalan sesak, Selangor banyak kereta, negeri maju," katanya ketika sekali lagi disoal di mana beliau berada pada ketika mesyuarat berlangsung.

Amirudin berkata demikian kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, di Shah Alam, hari ini ketika diminta mengulas ketidakhadirannya ke mesyuarat MPP PKR semalam.

Mesyuarat MPP bulanan berlangsung di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya, semalam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin parti itu dilaporkan tidak hadir ke mesyuarat tersebut meskipun telah dimaklumkan lebih awal.

Antara mereka, termasuk timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali, naib presiden Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua serta ketua Wanita Haniza Talha.

Untuk rekod, Azmin, Amiruddin dan Zuraida juga tidak hadir pada pemukiman PKR di Port Dickson hujung minggu lalu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata beliau akan hadir pada mesyuarat seterusnya jika tidak terikat dengan tugasan yang melibatkan kerajaan negeri.

"Saya ada tanggungjawab untuk hadir, saya hadirlah dan kalau saya sempat.

“Kalau saya di luar negara bagaimana saya hendak hadir, semalam kebetulan jauh dan tidak sempat kerana jalan sesak," katanya.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.