Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kerajaan Pakatan Harapan diminta membuat pusingan U susulan kritikan terhadap rancangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Exco Selangor V Ganabatirau memberitahu bahawa dasar tidak popular ini yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menimbulkan ketakutan di kalangan orang bukan Melayu.

"Adalah sukar untuk memahami lojik di sebalik dasar ini kerana kita tidak dapat mencapai tujuan yang betul untuk melakukan ini.

"Saya menggesa agar menteri (Maszlee Malik) untuk membincangkan cadangan ini dengan semua pihak berkepentingan dan membuat perubahan kepada dasar ini untuk masa depan generasi yang akan datang.

“Membuat pusingan U bukan sesuatu yang baru untuk kerajaan PH," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kerajaan akan memperkenalkan tulisan Jawi sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Melayu untuk darjah empat di sekolah Cina dan Tamil mulai tahun depan.

Di sekolah kebangsaan, Jawi diajar dalam mata pelajaran Pengajian Islam.

Sementara itu, Ganabatirau membangkitkan sama ada kajian kebolehlaksanaan telah dilaksanakan terlebih dahulu dalam kes itu.

"Adakah KPM membincangkan cadangan itu dalam kabinet?" tanya dia sambil menegas bahawa tiada siapa yang menuntut kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi.

Beliau juga menolak pemaksaan dalam isu budaya dan warisan.

"Faedah kebudayaan seperti yang didakwa oleh Kementerian Pendidikan tidak boleh diterima, budaya dan warisan tidak boleh dipaksakan kepada siapa pun," katanya.

Boleh diperkenalkan dalam kelas seni

Sementara itu, Persatuan Hak dan Penyelidikan Minoriti Malaysia (Mirra) mencadangkan kerajaan supaya memperkenalkan seni khat dalam mata pelajaran seni sebaliknya bukan bahasa Melayu.

"Seni Khat itu kaligrafi. Tidak kena mengena dengan bahasa,” kata Presiden Mirra A Rajaretnam.

Berkaitan tulisan Jawi pula, katanya, ia telah lama diseragamkan kepada rumi di pelbagai negara rantau ini.

"Tulisan Rumi sudah pun diseragamkan bukan sahaja di Malaysia malah, di Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Jadi, kenapa nak usik itu sekarang?" soalnya.

Lihat Komen
ADS