Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Konspirator politik buat Melayu, Cina, India rasa terancam - Kit Siang
Diterbitkan:  Aug 11, 2019 2:45 PM
Dikemaskini: 6:49 AM

Konspirator politik telah berjaya membuatkan orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain merasa terancam, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengulas kontroversi pelajaran tulisan Jawi baru-baru ini.

Menurut Lim, dirinya juga turut dipersalahkan atas rancangan kerajaan untuk memperkenalkan pelajaran menulis khat Jawi secara pilihan dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah vernakular.

"Terdapat laporan media yang menyebut saya sebagai 'penyokong kuat' pengenalan tulisan khat atau Jawi di sekolah rendah Cina atau Tamil.

"Hakikatnya masalah (khat) telah menarik perhatian semua orang, termasuk saya dan mengejutkan kerana ia merupakan warisan kerajaan sebelumnya.

"Kami patut memuji konspirator politik untuk memerangkap Malaysia ke dalam keadaan luar biasa di mana orang Melayu merasa terancam, orang Cina merasa terancam, orang India merasa terancam, orang Kadazans merasa terancam dan Iban merasa terancam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, MP Iskandar tidak menamakan atau menjelaskan dengan terperinci konspirator politik yang dimaksudkannya itu.

Semalam, Lim mendedahkan pengajaran khat Jawi telah pun diperkenalkan sejak pentadbiran BN sebelumnya melalui sukatan pelajaran dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 di sekolah vernakular.

"(Pembelajaran tulisan Jawi) sudah diperkenalkan (di zaman BN) tetapi saya berpendapat bahawa kita perlu melihat perkara melalui perspektif yang lebih luas," katanya.

Pemimpin politik DAP menerima tamparan susulan keputusan kerajaan PH bulan lalu untuk meneruskan rancangan memperkenalkan khat Jawi di sekolah vernakular melalui sukatan pelajaran buku teks Bahasa Malaysia bagi murid tahun empat.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah berulang kali meyakinkan bahawa pelajar tidak akan dinilai atau diuji dalam peperiksaan bagi pelajaran khat Jawi berkenaan.

Walaupun begitu, langkah itu menimbulkan bantahan daripada akar umbi DAP serta kumpulan pendidikan Cina dan Tamil, yang mempersoalkan motif di sebalik pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Ini walaupun Kementerian Pendidikan telah menjelaskan langkah tersebut bertujuan memupuk penghargaan untuk seni khat dan bukan tentang pembelajaran tulisan Jawi, bentuk tulisan tradisional bahasa Melayu.

Berikutan bantahan itu, Menteri Pelajaran Maszlee Malik baru-baru ini mengumumkan rancangan awal memperkenalkan enam halaman pelajaran khat bagi darjah empat sekolah rendah akan dikurangkan kepada tiga muka surat dan kaedah pengajaran akan menjadi pilihan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS