Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Buang ego, belajar dari Singapura - Saiful Bukhari
Diterbitkan:  Aug 15, 2019 12:33 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Mohd Saiful Bukhari Azlan mengusulkan Malaysia mengambil teladan dari Singapura yang menamatkan sekolah vernakular sejak tahun 1985.

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat bekas majikannya itu yakin republik itu sudi berkongsi pengalaman mereka.

“Justeru, jika Singapura berjaya laksana dasar itu 35 tahun lalu, kenapa tidak Malaysia?

“Tak salah kita buang ego, belajar dari mereka bagaimana mereka berjaya laksana dasar itu,” tulisnya di Facebook selepas hadir sambutan hari kebangsaan Singapura di Kuala Lumpur.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah polemik hangat pengenalan tulisan Jawi di sekolah rendah yang ditentang NGO Cina dan India.

Sementara itu, Saiful berkata demi negara, pendidikan harus dijadikan alat penyatuan rakyat.

“Ini berkaitan keazaman politik, untuk kebaikan negara,” katanya.

Menulis di Facebook, beliau berkata walaupun ada dasar Singapura yang kita tidak setuju, tapi dalam bab pendidikan dia kagum dengan negara itu.

“Namun, satu yang saya kagum dengan negara jiran kita ini, mereka berani membuat satu dasar yang tidak popular pada masa itu, iaitu menamatkan sekolah vernakular, dengan memperkenal sekolah national stream, sistem pendidikan satu aliran dengan mengekalkan silibus pembelajaran bahasa ibunda kaum masing-masing.

“Hasil daripada national stream itu, negara Singapura di lihat berkembang dan maju dengan pesat. Kerana salah satu faktornya, rakyat mereka antara kaum bersatu, tidak berpecah belah, dan mempunyai semangat saling menghormati dan kenegaraan yang tinggi,” katanya.

Lihat Komen
ADS