Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tragedi kemelesetan ekonomi global bakal berulang?

ULASAN | Ahli ekonomi di seluruh dunia mengetahui bahawa setiap perkara yang berlaku, boleh mengubah ekonomi ke arah kemelesetan. Ia boleh dilihat dalam dua suku terakhir setiap tahun.

Tiga petunjuk utama yang boleh dilihat mengenai peralihan ke arah kemelesetan ekonomi global; Pertama, penurunan sebanyak 0.1 peratus KDNK di Jerman, seterusnya pertumbuhan yang dijangka perlahan di China pada kadar 6 peratus dan bon kerajaan AS dan UK dilihat meningkat dalam pembelian bon selama 30 tahun - tidak pernah terjadi sejak 1960.

Rana Faroohar, ahli ekonomi kewangan global di The Financial Times, menegaskan bahawa terdapat beberapa tanda lain yang menunjukkan ekonomi global semakin perlahan; seperti penghapusan hutang kad kredit oleh pengguna di Amerika, pengurangan yang luar biasa dalam perbelanjaan pada musim panas dan data yang lemah daripada indeks pemasaran pembelian di AS dan Eropah.

Pandangan Rana Faroohar ini mungkin benar tetapi ia salah mengenai apa yang bakal berlaku. Sebagai permulaan, ekonomi AS, kreditnya terikat untuk dilemahkan sedikit sejak ia telah meningkat selama 119 bulan tanpa henti, pada kadar 2 hingga 3 peratus. Ini berdasarkan kepada rekod Geo-politik dan ekonomi Maudlin, di mana kedua-duanya disokong oleh pemerhati yang berpengalaman, George Friedman.

Ekonomi AS dapat menambah 170,000 pekerjaan, bukannya 196,000 pekerjaan seperti yang diharapkan pada suku terakhir lepas; angka ini telah disahkan oleh The Financial Times. Walaupun kekurangan 26,000 pekerjaan, ini tidak mendatangkan masalah, malah ia menunjukkan ekonomi AS dapat menyesuaikan diri dengan perang dagangan Sino-AS yang tidak menentu dan telah ditunda sehingga 15 Disember 2019.

Sekiranya Amerika Syarika tidak dapat mencapai kesepakatan perdagangan dengan China sebelum 15 Disember, Presiden Donald Trump berkemungkinan mengenakan tarif sebanyak 10 peratus, dan mungkin lebih, ke atas eksport China yang bernilai AS$300 bilion.

Apabila Indeks Dow Jones jatuh 800 mata di Wall Street beberapa hari yang lepas, kerisauan ini dicetuskan terutamanya selepas berlakunya kemelesetan di AS dan Jerman, ditambah dengan kekecohan Brexit. Seterusnya, Indeks Nikkei turut menunjukkan penurunan 600 mata. Sentimen kerisauan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pergerakan Polis Bersenjata China di kota Shen Zhen, iaitu di sempadan yang berhampiran Hong Kong. Keadaan ini seolah-olah tengah menguji tahap kesabaran Beijing kerana demonstrasi besar-besaran telah mengakibatkan pengbatalan hampir 1000 penerbangan di Hong Kong beberapa hari yang lepas.

Tetapi ekonomi AS, Jerman, dan Jepun belum lagi mengalami penurunan dua suku tahun secara berturut-turut. Pindaan pasaran saham tidak patut dikelirukan, mahupun dihubungkan dengan krisis kewangan global 2008.

Krisis dalam sektor perumahan

Krisis kewangan global 2008 dicetuskan oleh pembangunan pesat dalam sektor perumahan di AS di mana 90 peratus pembelian rumah tersebut adalah melalui pinjaman atau hutang dan bukan menggunakan pendapatan tetap yang sebenar. Ekonomi AS telah mengalami kemelesetan ekoran krisis tersebut. Hutang cagaran dan tukaran atau swaps yang berlebihan dalam bank-bank telah menyebabkan kemelesetan ekonomi yang boleh dikatakan tidak dapat dielakkan lagi.

Namun, harus diingati bahawa melalui infusi kewangan seperti Quantitative Economic Easing I, II, dan III, banyak wang telah dikeluarkan oleh bank-bank pusat di seluruh dunia untuk mengelak krisis kredit, yang dibantu oleh Perdana Menteri UK pada ketika itu, Gorden Brown dan Presiden Barack Obama. 

Kedua-duanya menggesa semua bank pusat dalam G20 dan ke atas, melonggarkan polisi monetari mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian, dunia akan dilanda Great Global Depression atau kemelesatan global yang dahsyat, tidak pernah terjadi sejak 1920, dan pihak berkuasa kewangan dari pelbagai negara secara sukarela mematuhinya.

Pendapat Rana Faroohar tepat bahawa pertumbuhan pesat di AS disebabkan polisi tersebut. Bagaimanapun, Rana telah mengabaikan satu faktor yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi AS ini iaitu, digitalisasi. 

Jeremiah Ouyang pernah menyifatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam struktur DNA ekonomi global itu sebagai sarang lebah, di mana satu persekitaran ekonomi yang boleh diguna semula dan dikongsi, atas perkara-perkara yang tidak lagi aktif, selalunya interaksi tersebut dibolehkan melalui kemudahan app. Sebagai contoh, sebuah traktor kepunyaan Majlis Perbandaran yang tidak digunakan, boleh dipindahkan ke lokasi lain yang memerlukan kenderaan itu.

Selain itu, walaupun pinjaman pelajar di AS menimbulkan ancaman utama, hampir AS$ 3.5 trilion masih belum dibayar, namun masa depan pendidikan masih dijamin oleh pihak-pihak seperti Coursera, Edx.org, dan Udacity. Setiap portal online ini boleh memotong yuran pelajar sehingga 80 ke 90 peratus. Dalam erti kata lain, sama ada ekonomi AS dilanda taufan atau tidak, tidak ada kepastian bahawa kemelesetan global 2007 akan berulang.

Sungguhpun begitu, ekonomi Jepun masih dalam keadaan yang kukuh. Dana pencen kerajaannya bernilai AS$ 13 trillion; sementara dana pencen swastanya berada di tahap sihat 10 peratus daripada jumlah kasar dana pencen kerajaan. Jepun mempunyai garis kredit sebanyak AS$ 14 trillion, dengan kadar faedahnya antara 0.65 hingga 1 peratus.

Bagaimanapun, apa yang lebih membimbangkan adalah politik global. India telah pun mengorak langkah menawan Jammu dan Kashmir. China kekal berpendirian teguh, bahawa mereka tidak menindas kumpulan Hui Muslims dan etnik Uyghur, yang kebanyakannya mengganggap agama Islam sebagai pegangan iman mereka. 

Tambahan pula, Laut Cina Selatan telah menjadi kawasan sempadan penting di Lautan India. Kuasa-kuasa utama menunggu peluang untuk menjalankan navigasi di Laut China Selatan. Manakala di Teluk Parsi, pembatalan Rencana Aksi Kompresensif Bersama (JCPOA) oleh AS membuatkan Teheran tidak tahan dan masuk campur bagi memaksa AS dan Eropah ke meja rundingan.

Boleh dikatakan geo-politik adalah lebih tidak stabil daripada ekonomi global. Tanda-tanda kerapuhan dan kejatuhan akan dapat dilihat di sini, sebelum terjadinya kemelesetan ekonomi global. Malaysia hendaklah bersiap sedia dan menyediakan payung sebelum hujan.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS