Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu Jawi: Ramai yang tak tahu ia diluluskan BN - Lim
Diterbitkan:  Aug 21, 2019 11:11 AM
Dikemaskini: 3:11 AM

Veteran DAP Lim Kit Siang mendakwa ramai tidak sedar kontroversi tulisan Jawi yang menjadi polemik selama empat minggu adalah bermula daripada pentadbiran terdahulu.

Beliau berkata, 95 peratus rakyat negara ini tidak sedar bahawa tulisan Jawi adalah kurikulum pendidikan yang diluluskan era BN.

Malah katanya, MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan menteri Umno telah membuat keputusan itu pada Sept 2015, untuk melaksanakan Jawi dalam buku teks yang disemak semula dari tahun 2017 hingga 2022, katanya.

"Ini mengejutkan bahawa selepas empat minggu kontroversi, 95 peratus rakyat Malaysia dan India tidak menyedari ada Jawi dalam buku teks darjah 4 Bahasa Malaysia.

"Sekarang, pemimpin MCA, Gerakan, MIC dan SUPP paling kuat dalam mengutuk pengenalan Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil.

"Ini adalah fakta dan adalah penting bahawa maklumat latar belakang kontroversi Jawi difahami oleh semua rakyat Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan keputusan kabinet menetapkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil dilaksanakan secara pilihan.

Beliau berkata guru juga diberi kuasa menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya.

“Di samping itu, jemaah menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khas ini dilaksanakan secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing," kata Mazslee.

Sementara itu Lim berkata, DAP menjadi mangsa serangan dalam isu tulisan Jawi apabila dituduh mempunyai kuasa mutlak dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Selain ada yang menggambar keputusan kerajaan dalam isu tulisan Jawi sebagai "kemenangan" Dong Jiao Zong.

Lihat Komen
ADS