Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas Dr Zakir Naik dilarang menyampaikan ceramah dikhalayak umum termasuk dimedia sosial, timbul persoalan sama ada tindakan polis itu sah.

Menurut ketua komunikasi korporat polis Asmawati Ahmad, sekatan itu dikeluarkan berdasarkan Seksyen 3(3) Akta Polis bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Seksyen itu menyebut: “Tertakluk kepada akta ini, pasukan hendaklah diguna khidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.”

Larangan polis itu dikeluarkan selepas ketengan selepas penceramah kontroversi itu berucap di Kelantan pada 8 Ogos lalu, yang dikatakan mengguris perasaan orang Cina dan India.

Zakir mendakwa kenyataannya itu dilapor di luar konteks.

Peguam-peguam yang bercakap dengan Malaysiakini berpendapat seksyen yang diguna pakai itu tidak memberikan kuasa kepada polis untuk menyekat seseorang bercakap di khalayak ramai.

“Seksyen itu hanya untuk mengenal pasti peranan anggota polis.

“Ia tidak memberikan kuasa jelas kepada polis untuk melakukan suatu tindakan khusus,” kata Haniff Khatri ketika dihubungi.

Haniff Khatri

New Sin Yew 

Peguam New Sin Yew berkongsi pandangan sama.

Dalam kenyataan ringkas kepada media melalui WhatsApp, Selasa lalu, polis berkata bagi mengelakkan kontroversi dan mengelakkan ketegangan awam, semua ketua polis negeri diarah menasihatkan penganjur untuk memberhentikan acara melibatkan Zakir.

Ketika diminta menjelaskan perkara itu, seorang jurucakap polis berkata nasihat itu boleh ditafsirkan sebagai larangan.

Haniff berkata nasihat polis itu sebenarnya bagus dengan mengambil kira isu-isu keselamatan awam dan Zakir sendiri.

“Tetapi polis tidak boleh haramkan acara, terutamanya jika ia dianjurkan secara tertutup,” katanya.

New pula berkata tiada undang-undang membenarkan polis mengeluarkan larangan terhadap Zakir.

Menolak larangan penuh, New berkata jika Zakir melanggar undang-undang ketika berucap, barulah polis boleh menhentkan acara itu.

“(Sekarang) kalau dia nak bercakap tentang kucing dia pun, forum pencinta kucing (misalnya), itu pun tak boleh,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS