Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai mahkamah serbu, sita aset dari rumah tokoh korporat

Pegawai mahkamah pada 7 Ogos lalu menyerbu rumah tokoh dalam industri getah, Vinod Sekhar di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan merampas barangan berharga bernilai RM150,000.

Menurut dokumen mahkamah dan peguam yang mewakili seorang warga Ireland yang menyaman Sekhar kerana pelanggaran kontrak, tindakan itu dibuat untuk memenuhi writ rampasan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini berikutan keputusan mahkamah memerintahkan John Slattery dibayar sebanyak AS$ 108,000 (kira-kira RM449,000) sebagai penyelesaian penuh dalam samannya terhadap ahli perniagaan itu.

Penghakiman ingkar dilakukan pada 11 Jun berikutan kegagalan Sekhar untuk hadir di mahkamah.

Peguam Slattery, Colin Pereira memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya memfailkan saman sivil terhadap Sekhar untuk menuntut AS$ 108,000, yang telah dibayar Slattery kepada Sekhar pada tahun 2017 sebagai pelaburan dalam Green Rubber Sdn Bhd, syarikat yang Sekhar adalah pengerusi dan pengasasnya.

Beliau berkata, berdasarkan arahan anak guamnya, Sekhar juga berjanji kedudukan anak guamnnya dalam tiga syarikat, termasuk sebagai pengarah eksekutif di Green Rubber Sdn Bhd, dan sebagai Naib Presiden Kanan pembangunan strategik dalam Kumpulan Petra.

Sekhar adalah ketua Petra Group dan juga ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan.

Beliau mengakui bahawa pegawai mahkamah datang ke kediamannya, tetapi menafikan serbuan dilakukan dan mengatakan tidak ada aset dirampas.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS