Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pelapor PBB tegur sikap angkuh pegawai Kelantan pada Orang Asli

Seorang wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menegur sikap pegawai kerajaan Kelantan yang disifatkan sebagai angkuh dan ketinggalan zaman terhadap Orang Asli.

Dalam lawatan kerja ke Malaysia untuk mengkaji kemiskinan, Pelapor Khas PBB mengenai Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Philip Alston memberitahu pengalamannya melawat negeri itu.

"Saya melawat Kelantan dan menemui sikap pihak kerajaan di sana yang terus terang saya katakan hanya dapat dijangka dibuat oleh Australia pada abad ke-19 Australia dan bukannya Malaysia pada abad ke-21..

"(Sikap yang mengatakan) orang-orang ini pada dasarnya perlu dibawa masuk ke era moden, mereka perlu meninggalkan tanah tradisional mereka, datang dan tinggal di pondok-pondok konkrit di bandar dan kemudian (maksudnya) keadaan hidup mereka akan makmur.

"Tapi sudah tentu, kewujudan Orang Asli sangat bergantung pada tanah dan gaya hidup tradisional," kata Alston pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata Orang Asli Temiar yang ditemuinya memaklumkan bahawa mereka tidak berasa miskin dan sebaliknya berpuas hati dengan cara hidup sendiri selagi dapat mengakses tanah adat mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata pegawai negeri telah berkongsi dengannya rancangan untuk memindahkan Orang Asli dari kampung mereka kepada kira-kira 1,800 unit rumah konkrit di pusat bandar.

"Ia suatu tindak balas yang paling keterlaluan terhadap tuntutan Orang Asli, dan ini ditambah pula dengan penegasan pihak kerajaan bahawa tidak ada yang dinamakan hak tanah adat," katanya.

Alston menghabiskan masa selama 11 hari bertemu dengan pegawai kerajaan serta pelbagai komuniti, aktivis dan ahli akademik di semua negeri serta pasukannya telah melakukan penyelidikan selama beberapa bulan

Antara dapatannya mengenai Orang Asli ialah mereka menderita kadar kemiskinan keseluruhan tertinggi di negara ini - 31.16 peratus pada tahun 2010 - dan ini sering "dikaburi" oleh statistik rasmi.

Ia mencadangkan perlindungan yang lebih baik untuk hak tanah adat Orang Asli dan akses yang lebih berkesan terhadap kemudahan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti untuk masyarakat berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS