Lim: Daftar telefon bimbit prabayar atau ditamatkan khidmat
Daftarkan nombor telefon bimbit anda atau hadapi tindakan ditamatkan perkhidmatan.
Itulah tindakan yang akan dikenakan kepada pengguna yang enggan mematuhi peraturan baru yang akan dikuatkuasakan oleh kerajaan tahun depan.
Daftarkan nombor telefon bimbit anda atau hadapi tindakan ditamatkan perkhidmatan.
Itulah tindakan yang akan dikenakan kepada pengguna yang enggan mematuhi peraturan baru yang akan dikuatkuasakan oleh kerajaan tahun depan.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata tindakan tegas perlu diambil kerana sambutan pengguna telefon bimbit prabayar terhadap langkah mendaftarkan telefon masing-masing sehingga kini sangat lembab - hanya 1.5 juta daripada 18 juta mendaftarkan nombor masing-masing setakat ini.
Katanya, bagi memperceptkan proses pendaftaran itu, kerajaan akan mewartakan bulan depan satu undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa menamatkan perkhidmatan talian telefon bimbit prabayar yang tidak berdaftar.
Undang-undang itu akan memberi kuasa kepada pihaknya melaksanakan tindakan itu memandangkan sambutan pengguna terhadap proses pendaftaran sehingga ini kurang memuaskan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu ICT 2006 Asean-China Kedua di Pulaun Pinang hari ini.
Lim meminta pengguna talian prabayar segera mendaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum akhir tahun ini atau menghadapi tindakan ditamatkan perkhidmatan talian mereka.
Kerajaan memutuskan supaya semua syarikat telekomunikasi di negara ini mendaftarkan pengguna talian telefom bimbit prabayar kerana faktor keselamatan selain bagi menangani masalah penyebaran fitnah.
Pada perkembangan berkaitan, Lim meminta syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan talian internet supaya menurunkan kadar tarif talian internet bagi mencapai matlamat kerajaan melahirkan masyarakat celik teknologi maklumat.
"Tarif internet haruslah menjadi mampu bayar dan bukannya terlalu mahal seperti sekarang iaitu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM80 bagi 1MB dan ini menyebabkan jumlah pelanggan internet di Malaysia tidak sampai 10 peratus," katanya.
Kadar yang dikenakan oleh negara-negara lain seperti Australia ialah RM137 bagi 100MB dan jumlah pelanggan mereka lebih 50 peratus daripada penduduk.

