Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rakyat M'sia dipenjara rakam video dalam tandas pesawat
Diterbitkan:  Aug 28, 2019 6:28 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Rakyat Malaysia, Lee Choon Ping dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda AS$ 6000 kerana merakam video dalam tandas pesawat United Airlines yang dalam penerbangan dari San Diego ke Houston.

Seorang hakim di Houston menjatuhkan hukuman kepada Lee selepas lelaki itu mengaku bersalah.

Dia juga bakal menghadapi pengusiran selepas menjalani hukuman, menurut laporan ABC News.

Jabatan Kehakiman AS berkata Lee mengaku memasang peranti kamera dalam tandas kelas pertama pesawat United Airlines pada 5 Mei lalu.

Dilaporkan seorang penumpang wanita mengesan peranti berkenaan yang mengeluarkan kerlipan cahaya biru dipasang berhampiran pintu tandas pesawat berkenaan.

Lee dikenal pasti melalui pakaian dan barang kemas yang dipakai yang terakam pada peranti tersebut.

Dia ditahan sejak 7 Ogos lalu dan oleh kerana bukan warganegara Amerika Syarikat, Lee dijangka menghadapi prosiding penyingkiran, kata Jabatan Kehakiman AS.

Lihat Komen
ADS