Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NUJ kutuk ugutan bunuh terhadap wartawan NSTP
Diterbitkan:  Sep 9, 2019 9:54 PM
Dikemaskini: 3:08 PM

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mengutuk satu ugutan bunuh yang dikeluarkan terhadap seorang wartawan New Straits Times Press (NSTP).

"NUJ menerima laporan daripada cawangan New Straits Times Press (NSTP) mengenai anggota kami/ pemberita yang mendapat ancaman bunuh melalui emailnya pada 8 September lalu.

"NUJ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sebegini yang bersamaan dengan suatu kes jenayah dan sesiapa yang bertanggung jawab membuat ugutan ini perlu disiasat dan dibawa ke muka pengadilan dengan segera oleh pihak polis," kata Chin Sung Chew dalam suatu kenyataan hari ini.

Akhbar terbitan NSTP ialah New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Chin tidak menyebut wartawan itu, berkata: "Wartawan tersebut telah membuat laporan polis di balai polis berdekatan."

Katanya, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sesebuah laporan berita berhak memfailkan aduan melalui saluran yang betul dan bukan melalui "tindakan kejam."

"Seorang wartawan mempunyai hak untuk mencari kebenaran dalam melaporkan selagi ia berdasarkan fakta dan tidak ada yang dapat menghalang mereka daripada berbuat demikian dengan tindakan (ugutan) yang menyalahi undang-undang.

"NUJ menggesa anggota dan wartawan kami secara keseluruhan untuk tidak bertolak ansur dengan apa-apa bentuk ancaman lisan atau bertulis daripada sesiapa sahaja dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengekang tindakan ini," katanya.

Chin berkata NUJ sangat prihatin dengan kejadian itu dan akan memantau keadaan bagi memastikan keselamatan wartawan.

Sementara itu, kumpulan wartawan Gerakan Media Merdeka (Geramm) turut mengecam ugutan bunuh tersebut.

Menurut Geramm, ancaman itu ditujukan kepada seorang wartawan Berita Harian.

"Difahamkan dakwaan ancaman itu dihantar berhubung suatu laporan eksklusif oleh wartawan tersebut.

"Geramm menggesa polis dan SUruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mebgambil tindakan segera untuk mebenal pasti dan menyiasat individu yang bertanggngkawan," kata kumpulan pengamal media itu.

Tegas Geramm, sebarang bentuk ancaman terhadap media tidak boleh diterima.

Lihat Komen
ADS