RM11.5 bilion untuk hapus kemiskinan
Kerajaan mensasar membasmi kemiskinan tegar dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan mengurangkan sehingga separuh kadar kemiskinan negara kepada 2.8 peratus menjelang tahun 2010.
Kerajaan mensasar membasmi kemiskinan tegar dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan mengurangkan sehingga separuh kadar kemiskinan negara kepada 2.8 peratus menjelang tahun 2010.
Langkah-langkah membasmi kemiskinan itu akan dilakukan menerusi peruntukan RM11.5 bilion. Dana tersebut akan diagihkan ke dalam program-program yang menjurus kepada usaha mengurangkan jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar serta menyusun semula masyarakat.
Pelaksanaan program dan projek akan dipantau oleh satu mekanisme pemantauan di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
Langkah-langkah yang akan diambil bagi membasmi kemiskinan ialah:
* Satu pengkalan data kemiskinan nasional yang merangkumi matlumat kemiskinan di bandar dan luar bandar akan diwujudkan bagi memudahkan pentakrifan kemiskinan dibuat.
* Projek-projek menjana pendaptan dan pekerjaan akan ditingkatkan untuk membasmi kemiskinan tegar di bandar dan luar bandar terutamanya di Sabah, Terengganu dan Perak.
* Pembangunan modal insan akan diutamakan dan akses kepada pinjaman mikro akan dipermudahkan.
* Hanya warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya yang tidak berkemampuan meraih faedah dari aktiviti ekonomi akan terus diberikan bantuan terus.
* Langkah meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan etika kerja serta keyakinan diri akan ditekankan bagi mengurangkan kemiskinan menyeluruh.
* Masyarakat luar bandar akan mendapat akses kepada teknologi pertanian moden, kaedah ternakan baru serta latihan dan pembiayaan.
* Rancangan menyeluruh akan dilaksanakan untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan Orang Asli.

