Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan perlu selaras peraturan kerja buruh asing, kata Jomo

Kerajaan perlu menyelaraskan undang-undang berkenaan kerja untuk pekerja asing bagi menangani kesannya terhadap gaji pekerja tempatan, kata pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.

Bekas penolong setiausaha agung PBB bagi pengembangan ekonomi berkata, sejak berdekad lalu, majikan lebih cenderung mengambil pekerja asing berbanding tempatan kerana gaji yang lebih rendah.

"Sentiasa lebih mudah untuk mendapat pekerja asing yang (sanggup) buat kerja dua kali ganda untuk gaji lebih murah, berbanding pekerja tempatan,” katanya dalam sidang media Laporan Pelaburan Dunia Persidangan PBB Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2009, di Mercu UEM, Kuala Lumpur semalam.

Jomo memberi contoh syif pengawal keselematan warga asing yang sanggup bekerja 12 jam sehari selama tujuh hari - iaitu 84 jam seminggu - berbanding pekerja tempatan yang biasanya bekerja 40 jam seminggu.

Jika tiada penyelarasan peraturan (kerja) terhadap pekerja asing ini, kita akan berdepan keadaan di mana pekerja tempatan akan ada masalah. Ini (gaji rendah pekerja tempatan) ialah kesan tidak langsung kehadiran pekerja asing," kata penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) itu.

Menurut statistik duah tahun lalu, sejumlah 2.2 warga asing bekerja di Malaysia, dengan 40.5 peratus di sektor pertanian dan pembinaan, manakala 35.9 peratus dalam sektor perkhidmatan dan 23 peratus perkilangan.

Jomo membangkitkan laporan KRI dua hari lalu yang menunjukkan 20 peratus rakyat Malaysia menerima gaji kurang RM1,200 sebulan - yang menurutnya "sangat rendah" - manakala 70 peratus menerima gaji kurang RM3,000 sebulan.

Katanya, ia menunjukkan penggunaan istilah B40 (golongan berpendapatan isi rumah rendah iaitu bawah RM3,860 sebulan) tidak tepat kerana "kira-kira 70 peratus rakyat tidak hidup mewah".

'Tumpu R&D dalam industri sawit'

Dalam pada itu, Jomo juga menyarankan kerajaan agar memainkan peranan memastikan aspek kajian dan penyelidikan (R&D) dalam industri sawit menjadi keutamaan syarikat perladangan.

Beliau berkata kerajaan perlu mengenal pasti cara menghasilkan lebih banyak permintaan terhadap produk hasil kelapa sawit, seperti minyak biodiesel.

“Kita kena buat bersungguh-sungguh. Kajian sepatutnya sudah dibuat sejak tiga dekad lalu, tapi kita masih boleh kejar.

“Kalau lihat pada perkembangan (R&D), ia tak berlaku di Malaysia, tetapi (berlaku) di tempat lain seperti Indonesia dan sebagainya,” katanya.

Mengambil contoh amalan Felda yang menebang pokok kelapa sawit setelah mencapai usia 25 tahun, Jomo membayangkan kebaikan yang bakal diperolehi negara jika R&D dapat menjadikan pokok dapat kekal produktif melebihi usia itu.

"Kita patut di depan dalam kajian seumpama ini," katanya.

Katanya lagi, keengganan syarikat perladangan memberi tumpuan terhadap R&D mungkin disebabkan masalah “free rider”, iaitu kemungkinan syarikat lain meniru penemuan hasil R&D yang dibuat.

Justeru, Jomo mencadangkan cukai yang lebih tinggi dikenakan terhadap syarikat perladangan yang mendapat manfaat daripada R&D syarikat lain.

“Jadi wujud keculasan di kalangan syarikat ini untuk melabur dalam R&D. Di sinilah pentingnya peranan kerajaan, kenakan cukai lebih kepada syarikat-syarikat itu (yang meniru) dan tumpukan lebih usaha dalam R&D," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS