Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TDM Berhad nafi terlibat pembakaran terbuka terbesar di Indonesia
Diterbitkan:  Oct 3, 2019 5:05 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Syarikat perladangan kelapa sawit Malaysia TDM Berhad menafikan tuduhan kerajaan Indonesia yang mengatakan bahawa salah satu konsesinya terlibat dalam "pembakaran terbuka terbesar" di republik berkenaa.

Dalam satu kenyataan, TDM menegaskan bahawa ia mengamalkan dasar "tiada pembakaran" yang ketat, dan mengikut prinsip Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO).

"Penggunaan api tidak dibenarkan dalam penyediaan penanaman baru, penanaman semula atau sebarang perkembangan lain.

"Sejak 2016, tidak ada pembangunan baru atau aktiviti pembersihan tanah yang dijalankan di kawasan operasi kami," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

TDM merujuk kepada laporan oleh The Edge semalam yang memetik kerajaan Indonesia menamakan enam ladang operasi syarikat berkaitan Malaysia di Indonesia yang bertanggungjawab dalam pembakaran terbuka dan seterusnya menyebabkan jerebu di rantau ini.

https://www.theedgemarkets.com/article/tdm-denies-allegations-

Kerajaan Indonesia sebelum ini dilaporkan berkata enam syarikat berkenaan adalah daripada 56 perusahaan yang dianggap bertanggungjawab terhadap pembakaran terbuka.

Indonesia juga mendakwa bahawa daripada enam syarikat itu, Rafi Kamajaya Abadi yang berkaitan dengan TDM melakukan pembakaran terbuka terbesar di tanah 600ha di Kalimantan Barat.

TDM hari ini mendakwa Rafi Kamajaya Abadi (PT RKA) mencatat beberapa kejadian kebakaran di kawasan operasinya sejak cuaca kering bermula pada awal Ogos.

"Kawasan yang terjejas boleh diakses oleh penduduk sekitar dan dengan cuaca kering yang berpanjanganmembuatnya mudah terdedah kepada kejadian kebakaran itu.

"Api itu dipadamkan dan perkara itu dilaporkan kepada polis," kata TDM.

"Sebab kebakaran masih belum dipastikan dan masih disiasat oleh pihak berkuasa Indonesia.

"... Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, jabatan bomba dan penduduk kampung dalam operasi bersama untuk tujuan pencegahan kebakaran dan kejadian kebakaran," katanya.

Dalam kenyataan sama hari ini, TDM juga mengatakan ia sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS