Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Dulu saya kena buli di sekolah
Diterbitkan:  Oct 15, 2019 11:31 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sering kali dilihat tegas melakukan sesuatu perkara dengan caranya yang tersendiri.

Tetapi dalam wawancara yang tidak serius dengan stesen radio Hot FM, Mahathir mendedahkan beliau tidak selalu menjadi orang yang kuat.

Sebaliknya, kata Mahathir semasa zaman kanak-kananya beliau pernah dibuli.

"Saya dulu kena buli. Saya jual belon.

"Saya beli belon, 2 sen dapat tiga belon. Saya jual satu belon (harga) 1 sen.

"Kawan saya ini bawa saya ke kantin. Saya kena beli nasi bagi dia dan saya takut kat dia, dia kuat.

"Jadi dulu tu kadang-kadang kita kena buli lah," katanya.

Dr Mahathir berkata pembulinya itu ialah jirannya bernama Husin.

Perdana menteri yang berusia 94 tahun berkongsi pengalaman tersebut ketika ditanya sekiranya nakal pada zaman kanak-kanaknya.

Mahathir turut berkongsi kisah zaman mudanya semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu apabila beliau menjual goreng pisang dan kayu api untuk membantu keluarganya.

Menurut perdana menteri lagi, tidak ramai temannya pada zaman persekolahan yang masih hidup lagi.

"Semua kawan lama saya dah meninggal. Cuma ada dua orang saja," katanya.

Mahathir berkata kedua-duanya, Khalid dan Osman kini berumur 90an dan setiap kali pulang ke Alor Setar, Kedah beliau kadang-kadang akan melawat mereka.

Beliau juga berkongsi hidangan nasi kandar kegemarannya berlaukkan kari daging lembu, sesuatu yang sukar diperolehi ketika zaman kanak-kanak dan remajanya.

Lihat Komen
ADS