Most Read
Most Commented
Read more like this

rencana

Serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) adalah serangan yang ganas. Penyerangnya mesti dibawa ke muka pengadilan. Mengapa manusia sanggup melakukan perbuatan yang sebegini dahsyat dan membunuh diri sendiri? Kita perlu melihat kepada punca perbuatan itu agar ianya tidak berulang.

Menangani masalah ini secara menghapuskan "akibat yang berlaku", tanpa puncanya ditangani, lambat laun akan membawa pelbagai akibat lain.

"Peperangan" AS terhadap Osama bin Ladin adalah peperangan terhadap "akibat" yang telah berlaku. Ia tidak akan menghapuskan keganasan. Jika benar penyerang itu orang Islam, atau bangsa Arab, kita juga perlu melihat campurtangan AS di rantau Asia Barat. Inilah punca sebenarnya! Kita akan melihat beberapa contoh sahaja.

AFGHANISTAN : Untuk mengusir askar Soviet Union keluar, AS melatih, mencurahkan senjata dan kewangan kepada puak Mujahiddin. Turut mendapat latihan dan senjata ini termasuk mereka dari luar Afghanistan yang datang untuk berjihad, antaranya, Osama bin Ladin sendiri dari Arab Saudi.

Mereka ini juga, seperti puak Contra di Nicaragua, dipanggil sebagai "pejuang kebebasan" oleh Presiden Ronald Reagan. Selepas Soviet Union diusir, ada di antara orang "Afghani" ini pergi membantu pejuang Islam di Bosnia, Chechnya, Filipina an sebagainya.

Bagi Osama, antara sebab kenapa AS menjadi musuh utama ialah kerana sokongan membuta tuli terhadap segala tindakan Israel ke atas rakyat Palestin, dan penempatan askar AS di tanah Arab Saudi, tanah suci bagi orang Islam, selepas Perang Teluk.

Osama dan "Afghani" yang lain sekarang dipanggil "pengganas". Dalam usaha untuk membunuh Osama, Bill Clinton melancarkan lebih 60 roket cruise untuk mengebom khemahnya di Afghanistan.

Kilang farmasi

Clinton juga mengebom sebuah kilang di Sudan yang didakwa tempat membuat senjata kimia. Ia sebenarnya kilang farmasi, yang amat diperlukan rakyat Sudan yang miskin. Ini kerja pemimpin AS yang menyeru dunia: "Kita mesti jelas dengan kutukan kita terhadap mereka yang mengamalkan keganasan."

LIBYA : Pada 1986, Reagan mengarahkan pengeboman ke atas Libya kerana beliau menuduh Libya bertanggungjawab mengebom sebuah disko di Berlin Barat menyebabkan dua askar Amerika terbunuh.

Reagan mendakwa dia mempunyai bukti kukuh tentang peranan Libya dalam pengeboman itu. Akibatnya lebih 100 orang maut termasuk Hanna, anak angkat Muammar Gaddafi, berumur satu tahun

Menurut Richard Falk, profesor undang-undang antarabangsa di Universiti Princeton, "...pada masa itu, AS berkata ia mempunyai bukti kukuh tentang peranan Libya. Kemudian seorang rakyat Jordan yang mempunyai hubungan dengan Syria ditangkap dan mengaku bersalah. AS tidak pernah mengambil langkah untuk memberi penjelasan dan pampasan di atas kerosakan dan kematian yang berlaku."

Pada tahun 1981, pesawat AS menembak jatuh dua kapalterbang Libya di ruang udara Libya. Pada tahun 1989, sekali lagi AS menembak jatuh dua kapalterbang Libya.

Pada tahun 1988, AS juga menuduh dua rakyat Libya mengebom penerbangan Pan AM 103. Bukti sebaliknya menunjuk kepada Iran yang dikatakan menuntut bela apabila beberapa bulan sebelumnya, kapal perang AS Vincennes menembak jatuh pesawat awamnya mengakibatkan 290 orang terbunuh.

Walaupun seorang daripada rakyat Libya itu disabitkan kesalahan di mahkamah khas di Belanda, ramai tidak bersetuju dengan keputusan itu, termasuk ahli keluarga mangsa sendiri.

IRAQ : Peranan AS dalam menghancurkan Iraq sewaktu peperangan Teluk 1990-91 diketahui umum. Peperangan bermula apabila AS menjerat Iraq untuk menyerang Kuwait, yang dianggapnya kawasan asal Iraq.

'Tiada pendapat'

Kuwait dipisahkan dari Iraq oleh pihak British. Saddam Hussein bertanya apakah pendapat pihak AS jika Iraq menyerang Kuwait. Dia diberitahu sendiri oleh duta AS waktu itu, April Glaspie, bahawa "Kita tidak mempunyai pendapat mengenai konflik Arab-Arab, seperti sengketa sempadan dengan Kuwait."

Pengeboman tanpa henti AS dan pengganas lain selama 42 hari, dengan kuasa 7 bom atom Hiroshima, memusnahkan sama sekali infrastruktur di Iraq. Kesemuanya 1.5 juta rakyatnya maut dalam peperangan itu.

Seramai 5,000 kanak-kanak maut setiap bulan akibat sekatan ekonomi yang dianjurkan AS melalui PBB terhadap Iraq yang berterusan sehingga kini.

Denis Halliday, bekas Koordinator Kemanusiaan PBB Bagi Iraq yang meletak jawatan kerana membantah sekatan ekonomi itu, berkata: "Ini adalah permainan mengenai kekuasaan - di mana kemusnahan awam melebihi sejuta kanak-kanak maut, tidak diambil peduli oleh Washington, London atau Majlis Keselamatan PBB."

Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara sewaktu pemerintahan Clinton, apabila ditanya sama ada kematian akibat sekatan ekonomi itu wajar, dia menjawab, "Ianya wajar".

Saddam Hussein adalah kawan baik AS dan Britain sebelum itu. Dia berguna kerana Iraq boleh digunakan untuk tujuan hancurkan Iran di bawah Ayatollah Khomeini. AS dan Britain membekalkan senjata perang Iraq, termasuk gas beracun yang digunakan untuk menyerang kaum Kurdish.

Semua ini tidak menjadi masalah pada masa itu. Tetapi apabila dia mula bercakap agresif terhadap Israel kerana masalah Palestin, dan penaklukannya terhadap Kuwait menghapuskan kawalan strategik Barat terhadap hasil minyak, dia terpaksa diberi pengajaran.

PALESTIN : Sokongan AS kepada Israel tanpa soal, menjadi antara sebab yang dinyatakan Osama kenapa dia memerangi AS. Senjata yang digunakan untuk menentang negara Arab dan menindas rakyat Palestin dibekalkan AS.

Wang bantuan AS digunakan untuk "membangunkan" kawasan selepas orang Palestin dihalau. Rakyat Israel yang mencerobohkan kawasan berkenaan dipanggil "peneroka" oleh akhbar Barat seolah-olah kawasan yang "diterokai" itu kosong sebelumnya.

Resolusi PBB

Mereka lebih baik dipanggil "penjajah" dan berkelakuan seperti pengganas sesetengahnya. Kibbutz , organisasi kerjasama atas dasar sosialisme, berfungsi di atas penderitaan orang Palestin yang dihalau.

Kerjasama sosialis tetapi cuma dikalangan Yahudi. Zionisme adalah perkauman. Perdana menteri mereka seperti Yitzhak Shamir dan Menachem Begin dipanggil "pengganas" semasa mereka melawan British.

William Blum dalam bukunya Rogue State menyenaraikan sokongan AS untuk Israel dengan menentang resolusi Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB}. Kerapkali, penentangan ini cuma daripada AS dan Israel. Senarai ini panjang. Kita lihat beberapa contoh sahaja:

- Resolusi 34/5E (1979), 35/13E (1980) 36/146B (1981), meminta Israel membenarkan kepulangan orang Palestin yang dihalau dari kampung laman mereka.

-Resolusi 35/169C (1979), 36/120A (1981), 36/120B (1981), 39/49A (1983), mengenai hak rakyat Palestin.

-Resolusi 36/73 (1981), mengutuk polisi Israel mengenai keadaan hidup orang Palestin yang serba kekurangan.

-Resolusi 36/147C (1981), untuk menubuhkan Universiti Baitulmuqaddis bagi pelarian Palestin.

-Resolusi 39/95A (1984), mengutuk pencabulan hak asasi oleh Israel di kawasan taklukannya.

Sokongan penuh kepada Israel ini tidak menghairankan kerana umum tahu bank-bank, industri kewangan, dan media di AS (dan Britain) dikawal orang Yahudi. Pelobi Israel di AS terkenal dengan pengaruh mereka terutama ke atas hal-ehwal politik. Lobi utama adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

Seperti kata Edward Said, profesor di Universiti Columbia, di bawah pentadbiran Clinton orang Yahudi memegang jawatan Setiausaha Negara (Albright), Setiausaha Pertahanan (Cohen), Perbendaharaan, ketua-ketua Majlis Keselamatan Nasional (NSC), Utusan Khas ke Asia Barat (Dennis Ross), dan Duta ke Israel, Martin Indyk.

Indyk yang sebelum ini adalah rakyat Australia, dengan mudah dilantik Clinton menganggotai NSC bagi mengetuai bahagian Asia Barat. Sebelum memegang jawatan kerajaan, Indyk dan Ross pernah mengetui Institute for Near East Policy (INEP), sebuah organisasi melobi bagi Israel yang bekerjasama dengan AIPAC.

Tambah kemarahan

Keadaan makin meruncing apabila Ariel Sharon yang menjadi Perdana Menteri baru Israel. Dia dipersalahkan sendiri oleh Israel sebagai orang yang bertanggungjawab di atas pembunuhan beramai-ramai 2,000 pelarian Palestin di Shabra dan Shatila dan Lebanon.

Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab semasa Israel menyerang Lebanon pada tahun 1983 ketika dia menjadi Menteri Pertahanan. Seramai 17,500 orang maut. AS cuma meminta semua pihak bersabar.

Selagi AS tidak menjadi "broker yang adil" bagi kedua-dua pihak Israel dan Arab, dan tidak campurtangan dalam hal-ehwal negara asing, selagi itulah puak-puak yang ingin membalas dendam terhadapnya akan sentiasa tumbuh.

Menyerang dan membunuh Osama cuma akan menambah kemarahan puak-puak ini. Kematiannya akan membiakkan seribu lagi Osama. Reagan, Bush, Clinton dan Sharon adalah pengganas. Mereka ini yang terlebih dahulu perlu dibawa ke muka pengadilan. Tetapi janganlah terlalu mengharap.

Bahagian pertama semalam


ROSLI OMAR adalah seorang ahli akademik yang berminat dalam apsek keadilan samada didalam negara mahupun di arena antarabangsa.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS