Paling Popular
Terkini

ULASAN l Jika tujuan pendidikan adalah untuk mengajar kita nilai-nilai murni, memperkembangan keintelektualan, memahami toleransi bagi kepercayaan yang tidak dipersetujui, dan menyumbang kepada pertumbuhan kemanuasiaan, maka persembahan baru-baru ini oleh seorang profesor Melayu yang “terpelajar” adalah jauh dari tahap minimum.

Apa yang mereka lakukan dalam menganjurkan Kongres Maruah Melayu, dengan pengetahuan bahawa ada ahli politik Melayu menggunakan kesempatan untuk agenda peribadi mereka sendiri? Apa yang mereka dapat (selain liputan langsung) dalam meminjamkan nama mereka yang begitu berharga untuk tujuan yang begitu kecil pada kesejahteraan negara?

Bahasa yang digunakan dalam ucapan mereka tidak mencerminkan dengan baik martabat mereka sebagai kelas berpendidikan. Ia penuh dengan kesilapan fakta dan nada yang menghasut. Ia adalah provokatif dan jelas menimbulkan prasangka kaum yang mendalam, jika tidak menyemai kebencian.

Ini bukan cara para profesor berucap - dengan pilihan kata-kata secara berhati-hati, kandungan pemikiran yang mempesona, dan begitu tenang dalam pengucapan mereka.

Justeru, tidak hairan ia menimbulkan bantahan di seluruh negara, dan yang paling saya suka adalah tidakan pelajar ini, Wong Yan Ke, yang mempamerkan keberanian untuk mengaibkan naib canselor Universiti Malaya semasa konvokesyennya.

Saya gunakan perkataan "keberanian" kerana ia memerlukan kekuatan sebenar untuk melawan perkauman dan pentaksub di negara ini. Seorang pelajar berusia 23 tahun berani menunjukkan kepada negara bahawa kita perlu berdiri menentang idea perkauman dan tidak gentar kepada golongan itu sebelum mereka akan membakar negara ini, suatu hari nanti.

FIFA sekurang-kurangnya menunjukkan azam yang lebih tekad dan konsisten daripada kita dalam memerangi perkauman dalam bola sepak, tetapi pemimpin kita, termasuk profesor, di menara gading, memilih untuk mempertahankan keistimewaan Melayu dan Islam untuk menyembunyikan watak dan tujuan sebenar mereka.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyedari betapa gawatnya masalah yang disemai oleh ahli-ahli politik terdesak ini untuk memporak-perandakan negara dan memecah-belahkan rakyat.

Rakyat mesti berdiri dan sedia dihitung, untuk menyatakan bahawa mereka menolak perkauman, bahawa mereka mahu dasar yang berasaskan kaum dikurangkan, dan amat membenci prejudis, dan usaha memecah-belahkan rakyat.

Kepada Wong Yan Ke dan keluarga, saya katakan kamu telah melakukannya dengan baik.

Mereka boleh menafikan pemberian skrol kamu, dan membuat hidup mereka yang menyokong kamu menjadi sukar, tetapi kamu akan diingati sebagai individu yang berdiri untuk melawan perkauman. Kamu mungkin juga boleh dihumban ke penjara kerana mereka menganggap kamu sebagai ancaman terhadap ketenteraman awam.

Demi negara kita, itu hanya harga kecil untuk dibayar, Wong. Ada yang lain pernah membayar dengan nyawa mereka.

Mereka kata bahawa konvokesyen bukan tempat yang sesuai untuk memprotes; tetapi sebaliknya, ia adalah tempat terbaik untuk menyatakan pendirian.


ZAID IBRAHIM adalah bekas menteri undang-undang.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS