Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tambak laut boleh tangani perubahan iklim - Exco
Diterbitkan:  Oct 21, 2019 4:42 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) diperlukan bagi negeri ini menangani peningkatan paras laut yang disebabkan oleh perubahan iklim, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa dan Kerajaan Tempatan Jagdeep Singh Deo hari ini.

Beliau berkata negeri kepulauan ini dan negeri terkepung di seluruh dunia mula melakukan penambakan bagi mengurangkan salah satu akibat teruk berpunca perubahan iklim seperti peningkatan paras air laut dan peningkatan suhu.

“Terdapat banyak cara untuk menghadapinya, tetapi di negeri kepulauan (seperti Pulau Pinang) air pasang merupakan cabaran besar dan di (negera kepulauan) seluruh dunia, mereka menambak sepanjang pinggiran pulau bagi meningkatkan paras bagi melindungi pulau daripada dibanjiri,” katanya kepada pemberita di Sungai Pinang dekat George Town.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bahawa kononnya projek PSR itu akan memburukkan lagi kesan perubahan iklim global.

“Saya menyokong sepenuhnya projek PSR dan menentukan ia menggabungkan kawalan perubahan iklim, kerana kita melihat pada gambaran yang lebih luas di sini. Saya perlu melakukannya demi masa depan rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Di bawah projek PSR, kerajaan negeri merancang untuk menebus guna 1,821.085 hektar laut untuk membina tiga pulau tiruan yang merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke timur sekitar Permatang Damar Laut untuk projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Terdahulu sebanyak 50 batang pokok ditanam menerusi program bertemakan “Semarak Teduhan Kominiti” sejajar dengan Hari Perancangan Bandar Dunia 2019.

Menurut Jagdeep kedua-dua Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Sebarang Perai akan menanam 200,000 pokok baru menjelang 2022 dengan masing-masing 100,000 batang pokok.

- Bernama

Lihat Komen
ADS