Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bantu rumah terbakar takkan nak tunggu lepas PRK - Salahuddin

PRK TG PIAI | Seorang nelayan Tanjung Piai menerima bantuan kerajaan sebanyak RM56,000 untuk membina semula rumahnya yang terbakar hari ini.

Bantuan yang diberikan kepada Abdul Razak Sahak oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub itu merupakan sebahagian daripada skim Bantuan Rumah Kediaman (Projek Khas).

Bercakap kepada Malaysiakini, Abdul Razak berkata dia berada di laut ketika kebakaran berlaku pada hari Ahad, dipercayai disebabkan oleh litar pintas.

"Masa saya balik 12.30 malam tu, api dah marak, ingat orang rumah (isteri) ada dalam lagi tapi adik dia dah selamatkan," katanya.

Penduduk Kukup yang berusia 60 tahun itu berkata mujur tiada kemalangan jiwa tetapi mereka mengalami kerugian kira-kira RM150,000 termasuk dua buah kereta yang hangus dijilat api.

Keluarga itu kini tinggal bersama adik perempuan Abdul Razak, yang tinggal berdekatan.

Sementara itu, Salahuddin mempertahankan tindakannya memberi bantuan kepada Abdul Razak pada malam sebelum bermulanya kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai.

"Rumah terbakar takkan nak tunggu lepas pilihan raya esok. Apa yang kita perlu buat segera, ada peruntukan kita akan laksanakan.

"Esok lepas penamaan calon berlaku lagi kemalangan, musibah saya beri bantuan. Tiada nak tunggu konon-kononnya apologetik, 'oh ini tak boleh, sebab musim kempen.' Saya takkan teruja dengan hujah macam itu.

"Berlaku pada bila-bila masa kita akan beri bantuan. Saya tak perlu dengar cakap orang lain.

"Ini kerajaan bertanggungjawab. Secepat mungkin kita akan beri bantuan kepada sesiapa yang ditimpa musibah," jelasnya.

Salahuddin bercakap kepada pemberita selepas majlis jamuan perpaduan "Makanan Menyatukan Kita" di Pontian hari ini.

Selain bantuan kepada mangsa kebakaran, Salahuddin juga berkata kerajaan turut meluluskan bantuan RM2 juta

untuk penternak ikan sangkar yang terjejas akibat taufan di Kampung Air Masin di Kukup pada Ogos lepas dan bagi pemulihan jeti-jeti uzur di kawasan Tanjung Piai.

Katanya, RM1 juta diperuntukkan kepada 78 penternak ikan sangkar yang terjejas manakala RM1 juta lagi untuk pemulihan jeti nelayan yang uzur.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS