Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu deraan tahanan: Muhyiddin patut letak jawatan - Suaram
Diterbitkan:  Nov 1, 2019 10:08 PM
Dikemaskini: 2:34 PM

NGO hak asasi manusia, Suaram berkata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak mampu menyelesaikan isu penderaan tahanan.

Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy merujuk dakwaan ahli keluarga tahanan Sosma hari ini yang mendakwa mereka diseksa dan dipaksa membuat pengakuan.

"Suaram menggesa agar penderaan dalam tahanan, yang berlaku dari sekian lama ini dihentikan dengan kadar segera. Adalah amat dikesalkan apabila perkara sebegini masih berterusan di dalam era Malaysia baru.

"Suaram juga menggesa satu siasatan telus dijalankan, dan sekiranya ia benar-benar berlaku, tindakan segera mestilah diambil.

"Sekiranya pihak Kementerian Dalam Negeri, di bawah kuasa Muhyiddin Yassin, tidak mampu menyelesaikan masalah yang telah membarah untuk sekian lama ini, kami mengesyorkan agar beliau meletakkan jawatan," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Sevan (gambar, bawah) juga menggesa kerajaan memansuhkan Sosma dan undang-undang penahanan tanpa bicara.

"Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang di undi rakyat, bagi membersihkan segala kebobrokan yang berlaku pada pemerintahan yang lalu, termasuk melakukan proses reformasi undang-undang seperti yang dijanjikan.

"Undang-undang Sosma dan undang-undang tahan tanpa bicara yang lain adalah merupakan undang-undang drakonian yang mestilah dimansuhkan dengan kadar segera," katanya lagi.

Peguam S Selvam, berkata anak guamnya B Subramaniam berkata memberitahu bahawa dirinya telah diseksa.

"Semasa tangkapan dan (tahanan) 21 hari kemudiannya, dia diseksa dan dipaksa mengaku 'Saya anggota LTTE'," katanya.

"Dia dikenakan pelbagai ugutan, termasuk bahawa dia akan dihumban ke penjara seumur hidup jika dia tidak berbuat demikian," kata Selvam.

Anak lelaki Subramaniam S Ravindran dan menantunya R Thiviya pula mendakwa bahawa polis mengugut supaya dirinya mengakui penglibatannya dengan LTTE atau polis tidak akan melepaskan semua lima anak dan isterinya.

Sementara itu, peguam MV Yoges yang mewakili Kalaimughilan, berkata anak guamnya dikurung dalam bilik gelap berasingan dan dia tidak dapat berhubungan dengan orang lain.

"Pada dasarnya, mereka dihukum sebelum mereka terbukti bersalah, mereka diperlakukan seperti pengganas," katanya.

Subramaniam dan Kalaimughilan adalah antara 12 individu yang ditahan polis tanpa perbicaraan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012, lebih dikenali sebagai Sosma.

Mereka dituduh mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam yang sudah tidak berfungsi di Sri Lanka. Selepas 12 dituduh di bawah Sosma, ikat jamin mereka boleh dinafikan.

Sementara itu, badan hak asasi manusia antarabangsa Human Rights Watch menggesa Putrajaya mengotakan janjinya memansuhkan Sosma yang mengandungi takrifan luas "kesalahan keselamatan."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS