Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tanah adat Gua Musang: K'jaan gagal dapatkan injunksi halang 5 syarikat
Diterbitkan:  Nov 3, 2019 9:52 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

Kerajaan persekutuan - yang sebelum ini mencabar tindakan kerajaan Kelantan yang memberi hak pembalakan di kawasan Gua Musang yang dituntut komuniti Orang Asli - gagal mendapatkan injunksi bagi menghalang lima syarikat daripada memasuki kawasan itu.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengenepikan permohonan kerajaan untuk menghentikan syarikat tersebut daripada terus menduduki kawasan itu, menurut FMT.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata injunksi itu adalah sama seperti arahan sekatan terhadap kerajaan Kelantan yang memberikan lesen kepada lima syarikat tersebut.

"Adalah trite law (undang-undang yang mantap dan biasanya tidak dipertikai) bahawa tiada injunksi boleh diberi terhadap kerajaan (persekutuan atau negeri), secara langsung atau tidak langsung," katanya seperti dipetik.

Lima syarikat itu - Fleet Precision Sdn Bhd, Koperasi Kijang Mas Negeri Kelantan Bhd, KPG Maju Enterprise Sdn Bhd, Ringgit Saksama (M) Sdn Bhd dan M7 Plantation Bhd - terlibat terutamanya dalam perladangan durian dan getah.

Kerajaan pada mulanya mahu lima syarikat itu menghentikan aktiviti mereka di kawasan yang dituntut Orang Asli suku Temiar sementara menunggu pendengaran dan keputusan mahkamah.

Kerajaan Kelantan sebelum ini cuba mengenepikan saman oleh kerajaan persekutuan itu tetapi permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ogos lalu.

Permoohonan itu kemudian dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan.

Ahmad Farid juga berkata syarikat yang terlibat perlu mengehadkan kegiatannya di kawasan berkeluasan 4,000 hektar sementara menunggu keputusan cabaran itu, walaupun mereka diberi lesen untuk kawasan 30,000 hektar.

Lihat Komen
ADS