Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokman belum putuskan cabar atau mohon ketepi tuduhan

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam, masih meneliti sama ada akan menghadapi prosiding menghina mahkamah yang dikenakan ke atasnya atau membuat permohonan untuk mengetepikan tuduhan tersebut.

Peguamnya, Wan Aizuddin Wan Mohammed, berkata demikian ketika semasa membuat permohonan bagi mendapatkan tarikh baru sebutan semula kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Aizuddin, mereka memerlukan masa untuk meneliti pilihan lain selepas Lokman diberikan afidavit tambahan untuk kes itu hanya tiga hari yang iaitu 5 Nov.

"Memandangkan tempoh masa pendek ini antara pemberian (afidavit) dan tarikh pengurusan kes hari ini, kami dengan rendah hati meminta sedikit masa untuk menentukan sama ada untuk membalas afidavit dalam perkara utama, atau membuat permohonan kepada yang arif untuk mengetepikan perintah ex parte.

"Saya telah berunding dengan rakan saya (Timbalan Pendakwa Raya) Mustaffa P Kunyalam dan kami bersetuju bahawa dua minggu akan mencukupi," kata Wan Aizuddin.

Mustaffa kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau juga diarahkan untuk meminda notis usul terhadap Lokman, dan dia akan memfailkan pindaan itu sebelum tarikh sebutan yang berikutnya bagi kes tersebut.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian menetapkan 22 November untuk sebutan semula kes tersebut.

Lokman sebelum ini didakwa menghina mahkamah dalam dua insiden berlainan pada 25 September.

Pertama, Lokman - menerusi wawancara video - didakwa mengeluarkan kata-kata yang merupakan ancaman tersurat atau tersirat terhadap Amhari Efendi Nazaruddin, saksi ke-8 dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram RM2.28 bilion milik 1MDB.

Kedua, Lokman didakwa telah membuat laporan polis terhadap Amhari berkenaan dengan kesaksiannya terhadap Najib semasa peringkat perbicaraan.

Pada 22 Oktober lalu, Peguam Negara Tommy Thomas mendapat kebenaran mahkamah tinggi untuk memulakan prosing komital terhadap Lokman.

Lihat Komen
ADS