Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluar DUN Melaka sebab kecewa pada pemimpin PKR negeri, kata dua Adun
Diterbitkan:  Nov 26, 2019 8:59 PM
Dikemaskini: 2:20 PM

Semalam, usul kerajaan negeri mencalonkan pengerusi PKR negeri sebagai senator ditolak Dewan Undangan Negeri selepas parti pemerintah tewas dalam undian.

Hari ini, dua Adun PKR yang bertindak keluar sidang DUN semalam menafikan mereka mahu mensabotaj usul tersebut.

Dua Adun PKR yang bertindak keluar dari Dewan Undangan Negeri Melaka sebelum usul kerajaan untuk mencalonkan pemimpin PKR sebagai seorang senator dikalahkan hari ini menafikan bahawa mereka mahu mensabotaj gerakan itu.

Menurut Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis, mereka hanya kecewa dengan kepimpinan PKR negeri, yang didakwa telah mengetepikan dirinya dan Ginie Lim (Adun Machap Jaya) daripada sebarang perbincangan termasuk hal pelantikan penting di negeri itu.

Beliau berkata keputusan mereka untuk keluar dari sidang dewan kerana mereka tidak mahu menentang usul itu, tetapi menyerahkan kepada para Adun untuk membuat keputusan.

"Jadi kita tak menentang, tapi kami biar dewan memutuskan. Kami ambil langkah untuk tinggalkan dewan ini sebagai satu tindakan, tidak berniat malukan kerajaan negeri," katanya.

Bukan nak tubuh kerajaan pintu belakang

Jailani juga menafikan tindakan itu menentang kepimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Melaka Adly Zahari.

Katanya, Adun PKR yang keluar DUN itu tidak merancang untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang.

"Insiden semalam tiada kaitan kerajaan pintu belakang, mahupun cuba menafikan usul dari kerajaan negeri. Bukan itu hasrat kami.

"Masalah dengan MPN (PKR) Mmelaka ini tak pernah ajak kami berunding dan ini bukan kali pertama.

"Isu ini telah lama berlanjutan, berkaitan pelantikan ahli majlis, seterusnya sampai ke insiden ini.

"Di mana kita dua exco bukan saja wakil rakyat tapi wakil pada parti. Seharusnya kami diajak berbincang dan berkongsi pendapat, tapi MPN PKR ini lebih amal sikap kronisme dan nepotisme yang kita tentang dalam PRU tapi ini diamalkan," katanya kepada media selepas sidang DUN di Melaka hari ini.

Sementara itu, Ginie Lim berkata beliau perlu meminta maaf kerana meninggalkan dewan semalam.

Katanya, hal itu telah dimaklumkan kepada ketua menteri dan beliau telah menerima panggilan telefon daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim serta telah menjelaskan sebab tindakannya itu.

"Pandangan beliau (Anwar) adalah perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Saya menjelaskan bahawa kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana kami memiliki sebab kami sendiri dan beliau (Anwar) berkata kami akan berbincang mengenai perkara tersebut apabila kami bertemu," jelasnya.

Jailani juga mencadangkan supaya presiden parti Anwar Ibrahim menggantikan Pengerusi PKR negeri Halim Bachik dengan bekas penyandang jawatan itu, Shamsul Iskandar Md Akin, yang juga MP Bukit Katil.

Beliau mendakwa Shamsul lebih profesional dan pemimpin yang lebih baik daripada Halim.

Sementara itu, Ginie Lim berkata beliau tidak merasa perlu meminta maaf kerana meninggalkan dewan semalam.

Katanya, hal itu telah dimaklumkan kepada ketua menteri dan beliau telah menerima panggilan telefon daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim serta telah menjelaskan sebab tindakannya itu.

"Pandangan beliau (Anwar) adalah perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Saya menjelaskan bahawa kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana kami memiliki sebab kami sendiri dan beliau (Anwar) berkata kami akan berbincang mengenai perkara tersebut apabila kami bertemu," jelasnya.

Menurutnya lagi, Anwar akan mengaturkan masa untuk mereka bertemu.

Kata Lim, beliau dan Jailani menyokong penuh kepimpinan Adly sebagai ketua menteri, tetapi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai usul cadangan senator itu.

"Ini tidak ada kaitan kedudukan kem-kem dalam parti, kami hanya berharap apabila membincangkan pilihan para senator maka PKR Melaka perlu dapat lebih telus dan terbuka dengan proses perbincangan," katanya.

Krisis PKR Melaka tiada kaitan kem Anwar, Azmin

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Melaka G Rajendran mendakwa isu pelantikan senator itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat parti peringkat negeri.

"Saya tidak pernah lepas untuk hadir mesyuarat PKR negeri. Setahu saya, isu pelantikan senator tidak pernah dibincangkan, ini mungkin keputusan pengerusi parti itu sendiri.

"Saya juga boleh mengesahkan bahawa isu dalaman PKR negeri agak serius," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rajendran yang mendawa dirinya penyokong kuat Anwar dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata krisis dalam PKR Melaka tiada kaitan dengan persaingan kem Anwar dan timbalannya Azmin Ali.

Dakwanya, masalah itu berpunca daripada diskriminasi dan nepotisme oleh kepimpinan negeri.

"Sebagai contoh, Halim sendiri memegang jawatan dalam dua syarikat berkaitan kerajaan negeri dan dilantik sebagai koordinator DUN Tanjung Bidara. Sekarang namanya disenarai sebagai senator, ini telah menyebabkan rasa tidak senang kepada banyak pihak di peringkat negeri," katanya.

"Mungkin kepimpinan parti pusat tidak diberi gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di negeri ini," katanya.

Rajendran juga meminta presiden parti untuk terlibat dan menyelesaikan isu-isu tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi Halim bagi mendapatkan penjelasannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS