Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada seorang pengguna Facebook kerana memuat naik hantaran bersifat menghina agama.

Mohd Zahrein Zakariah, 37, dijatuhkan hukuman itu setelah mengaku bersalah di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara sedar.

Dia didakwa menggunakan akaun Facebook "Zahrein Zakariah" untuk memuat naik hantaran yang berniat menyakitkan hati orang lain, yang dibaca di pejabat Unit Jenayah Komersial dan Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, pada pukul 9.30 malam, 8 Julai lalu.

Ditahan pada 11 September lalu, Dia dilihat tenang ketika mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh seorang juru bahasa di depan hakim M Edwin Paramjothy hari ini.

Ketika penghujahan untuk mitigasi meringankan hukuman, peguam Zahrein, LA Gomes meminta hanya hukuman denda dikenakan kerana tertuduh hanya memuat naik hantaran berkaitan Nabi Muhammad atas tujuan memulakan perbincangan.

"Tertuduh menyedari dia tidak sedar mungkin menyinggung perasaan orang lain. Kini dia sedar tentang perakra itu, dia sudah kesal. Dia memberi jaminan kepada mahkamah tidak akan mengulangi hantaran itu.

"Dia memuat naik hantaran untuk perbincangan dan tidak berniat menghina Nabi Muhammad. Dia memberi jaminan itu (menghina Nabi) bukan niatnya ketika memuat naik hantaran itu," kata Gomes, sambil menambah ia adalah kesalahan pertama dan tiada rekod jenayah.

"Dia mengaku bersalah ketika hari pertama dibawa ke mahkamah (hari ini). Ini menunjukkan dia menyesal dan menjimatkan masa pendakwaan dan mahkamah (daripada menjalankan perbicaraan).

"Dia juga telah menurunkan hantaran itu," katanya lagi.

Gomes merayu agar anak guamnya hanya didenda RM2,000, sementara timbalan pendakwa raya Annur Atiqah Abdul Hadi meminta denda yang tinggi sebagai pencegahan, atas dasar tindakan tertuduh telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam.

Menyifatkan denda RM2,000 sebagai terlalu rendah, Edwin kemudian mengenakan denda RM5,000 kepada Zahrein.

"Berikutan trend hukuman, saya tiada halangan untuk mengenakan denda, tetapi RM2,000 terallu rendah. Saya tidak mahu pendakwaan membuat rayuan," katanya.

Zahrein kemudian dibawa keluar mahkamah oleh polis dan keluarga dan peguamnya dilihat berbincang untuk menyelesaikan denda RM5,000 hari ini. Dia akan dibebaskan selepas denda dibayar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS