Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1 Jan kuat kuasa larangan merokok tanpa tangguh - Timb menteri

Denda RM250 yang bakal dikenakan kepada perokok di kedai makan bermula 1 Januari nanti akan dikuatkuasakan serta-merta tanpa ditangguh, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Kementerian itu juga, jelasnya telah menugaskan 5,000 pegawai kesihatan bagi menjalankan pemeriksaan dan mendenda perokok yang ingkar peraturan larangan merokok tersebut bermula 1 Januari tahun hadapan.

“Tiada perubahan dalam tarikh kuat kuasa (larangan merokok), polisi akan dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya di George Town hari ini.

“Sesiapa yang gagal untuk membayar denda akan didakwa di mahkamah, denda itu pula boleh mencapai setinggi RM10,000,” kata Lee yang juga merupakan bekas doktor pakar bedah jantung.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Antimikrobial di Universiti Sains Malaysia.

Difahamkan ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan peraturan itu, malah terdapat tujuh individu dari Melaka telah mencabar keputusan larangan merokok tersebut di mahkamah.

Bagaimanapun, pada Oktober 19 lalu, kumpulan berkenaan gagal dalam permohonan mereka apabila Mahkamah Tinggi menolak diadakan semakan kehakiman.

Hakim Mariana Yahya membuat keputusan itu kerana Kementerian Kesihatan telah bertindak dalam bidang kuasanya.

Hakim turut menambah penguatkuasaan larangan merokok tidak melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan diri dan kesamarataan perlindungan di sisi undang-undang.

Sementara itu, Lee menggesa pesakit supaya berhenti meminta para doktor mengeluarkan preskripsi antibiotik untuk mereka.

Katanya, doktor yang bagus tidak hanya memberi antibiotik.

“Pengambilan antibiotik yang keterlaluan boleh membawa pesakit untuk tidak bertindak balas dengan rawatan asas dan akan menyebabkan sakit yang dialami mereka susah diubati,” jelas Lee.

Timbalan menteri merujuk kajian yang menyatakan rakyat Malaysia mengambil 10.6 dos bagi ubatan harian yang dianggarkan sama seperti 1000 antibiotik sehari.

Menggambarkan situasi itu sebagai "menakutkan", Lee berkata hasil kaji selidik itu bermaksud sekurang-kurangnya 10 rakyat Malaysia mengambil antibiotik setiap hari.

“WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) menggangarkan penyakit ketahanan akibat penggunaan ubat (drug resistant diseases) menyebabkan sekurang-kurangnya 700,000 kematian di seluruh dunia setahun, termasuk 230,000 kematian daripada ketahanan terhadap ubat-ubatan batuk kering," katanya lagi.

“Jika tiada apa yang dibuat, angka itu boleh meningkat kepada 10 bilion kematian yang bakal direkodkan setiap tahun menjelang 2050 dalam keadaan yang paling membimbangkan jika tiada tindakan diambil,” kata Lee lagi.

Makan daging haiwan ada antibiotik

Lee menegaskan bahawa selsema biasa disebabkan oleh virus dan antibiotik tidak diperlukan dalam rawatan.

Tambahnya, antibiotik hanya digunakan untuk jangkitan kuman, yang jarang berlaku untuk jangkitan dalam tekak dan saluran pernafasan.

Sementara itu, Lee juga memaklumkan pelan tindakan (dari 2017 hingga 2021) untuk mengatasi masalah rintangan antimikrobial yang berlebihan dalam antibiotik sudah dalam perancangan.

Ini katanya, termasuk pengambilan antibiotik daripada memakan daging haiwan yang diberi bahan itu.

“Doktor dan pesakit sahaja tidak bertanggungjawab dalam perkara ini.

"Ia juga melalui antibiotik yang diberi kepada haiwan dan kemudiannya diserahkan kepada manusia yang mengambilnya," tambahnya yang juga menyatakan keprihatinan terhadap antibiotik kolistin yang diberi kepada ternakan.

"Kementerian juga sedang membincangkan agensi-agensi berkaitan untuk menggesa penternakan untuk mencari cara lain bagi mencegah penyakit haiwan," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS