Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
India panggil duta M'sia: Bantah kenyataan Dr M
Diterbitkan:  Dec 22, 2019 10:55 AM
Dikemaskini: 2:56 AM

Kerajaan India memanggil Duta Besar Malaysia semalam bagi memaklumkan bantahan rasmi terhadap kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata sumber rasmi.

Akhbar Times of India melaporkan duta Malaysia diberitahu kenyataan perdana menteri itu tidak selaras dengan amalan diplomatik supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain dan hubungan dua hala.

"Kenyataan itu sama sekali tidak bermaklumat dan tidak sensitif. Malaysia diminta untuk mengambil pandangan jangka panjang dan strategik mengenai hubungan dua hala," kata laporan itu, memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan.

Pada Jumaat, Kementerian Luar Negeri India menyifatkan kenyataan Mahathir tidak tepat dan menggesa Malaysia tidak mengulas perkembangan dalaman di India “tanpa memahami fakta-faktanya dengan betul."

Pentadbiran Narendra Modi berkata Akta Pindaan Kewarganegaraan itu untuk membantu minoriti bukan Islam dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan yang datang ke India sebelum 2015 dengan memberikan mereka kerakyatan.

Penunjuk perasaan berkata pengecualian terhadap orang Islam itu menunjukkan diskriminasi komuniti itu, yang membentuk 14 peratus daripada penduduk India, dan undang-undang baru itu didakwa sebagai langkah kerajaan nasionalis Hindu untuk meminggirkan mereka.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menolak kritikan India berhubung kenyataannya tentang undang-undang baru kewarganegaraan negara itu.

Dalam sidang media selepas penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 semalam, Mahathir berkata beliau hanya menyuarakan pendapatnya apabila mempersoalkan keperluan undang-undang itu.

Pada Jumaat lalu, kerajaan India menyekat perkhidmatan internet di beberapa kawasan susulan tiga orang maut dan ramai yang cedera dalam protes kerana membantah undang-undang baharu kewarganegaraan, lapor agensi berita Anadolu.

Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar Mangaluru di selatan Karnataka, lokasi dua orang penunjuk perasaan terbunuh selepas polis melepaskan tembakan, menurut saluran televisyen tempatan pada Jumaat.

Seorang lagi maut di Lucknow, di utara Uttar Pradesh memetik doktor di Universiti Perubatan King George.

"Perintah berkurung akan berkuat kuasa sehingga tengah malam 22 Dis. Perkhidmatan internet disekat di Dakshina (selatan) Kannada hingga Sabtu malam," lapor akhbar The Hindu pada Jumaat .

Lihat Komen
ADS